Anak tahfiz perlu bantuan untuk beli katil khas dan mesin sedut kahak - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Serdang - Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kisah adik Danish Ilham bin Norazla pernah dikongsi pada bulan Julai lalu. Ket...

Anak tahfiz perlu bantuan untuk beli katil khas dan mesin sedut kahak


Serdang - Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kisah adik Danish Ilham bin Norazla pernah dikongsi pada bulan Julai lalu. Ketika itu Ilham dalam keadaan kritikal dan ada yang menghulurkan sumbangan buat meringankan beban ibunya, Jurafni binti Musa.

Hikayat hidup Ilham dia dilahirkan normal seperti anak-anak yang lain namun ketika usianya 4 tahun, Ilham mula mengalami masalah asthma.

Sejak itulah bermulanya perjuangan llham sebagai pengidap asthma kronik yang selalu keluar – masuk wad. Namun keadaannya tidaklah berlarutan. Biasanya selepas dua atau tiga hari di wad, Ilham akan kembali sihat. Sehingga usianya 10 tahun Ilham membesar sama seperti anak normal yang lain.

Di celah perjuangannya ketika usianya 7 tahun, rumah tangga kedua ibu bapanya runtuh. Perpisahan yang melanda itu bukan saja telah memisahkan Ilham dari ayahnya bahkan juga memisahkan dia dan adik perempuannya bila ayah akhirnya membawa adik pergi dari hidup Ilham sejak setahun yang lalu.

Awal 2019 dalam usia 10 tahun, Ilham menyatakan hasrat untuk belajar di sebuah tahfiz. Kata Ilham dia ingin membela nasib dan masa depan ibu dgn menjadi anak yang soleh.

Itulah janji Ilham yang terngiang-ngiang di telinga ibunya sampai hari ini. Tidak lama kemudian .. ibu pun bertemu jodoh baru dan Ilham sangat gembira kerana ketika dia dikelilingi rakan-rakan di tahfiz .. ibu sudah tidak lagi sendirian di rumah.

Segala yang indah tu berakhir tiba-tiba bila anak yang sedang belajar di pusat tahfiz ini diserang asthma sekali lagi. Itulah detik yang telah menjadi titik tolak bermulanya tragedi sedih dalam hidup Ilham. Ilham tiba-tiba tidak sedarkan diri ketika dalam perjalanan ke hospital.

Bila tiba di bahagian kecemasan, pihak hospital mendapati Ilham sudah tidak bernafas lagi. Jantungnya telah berhenti berdegup.

Bertungkus-lumus para doktor memberikan CPR. Alhamdulillah hayat Ilham masih panjang, dia dapat diselamatkan. 10 hari dia koma dan berada di PICU selama 18 hari, doktor pun memaklumkan kepada si ibu bahawa harapan untuk Ilham sembuh seperti sediakala sangatlah tipis kerana masalah kerosakan otak.

Oksigen yang tidak sampai ke otak telah meragut fungsi pancaindera Ilham. Hancur luluh hati ibu bila doktor memaklumkan, kini Ilham telah lumpuh, buta dan juga bisu. Sejak itu, Ilham yang dulunya seorang anak yang lincah, periang dan disenangi semua .hanya mampu terlantar kaku. Berat badannya ketika itu tinggal 15kg saja.

Bermula di situlah sudah setahun Ilham meneruskan hidup hanya berbekalkan susu khas yang diberi ibu melalui tiub di perut, mengikut jadual yang ditetapkan.

Julai baru-baru ini Ilham sekali lagi dikejarkan ke hospital dan berada keadaan kritikal di ICU dan diberi bantuan pernafasan. Ketika itu juga doktor telah memaklumkan bahawa tiada lagi CPR untuk Ilham kali ini sekiranya sesuatu terjadi. Ternyata Ilham seorang anak yang kuat. Alhamdulillah hari ini Ilham telah stabil akhirnya dan telah diberi kebenaran utk pulang ke rumah setelah genap dua bulan di wad.

Namun keadaan Ilham tidak sama seperti dahulu lagi. Kalau dulu .. Ilham minum susu dari tiub di perut, kini Ilham perlukan sebuah mesin minum susu. Ilham tidak boleh menyusu secara biasa lagi. Mesin yang harganya melebihi RM4K telah dipanjangkan kepada zakat dan sedang diproses dengan kadar segera.

Selain itu Ilham juga perlukan sebuah katil khas dan sebuah mesin sedut kahak. Ibu sebagai seorang surirumah dan ayah baru yang tidak berpendapatan tetap itu, memang tidak mampu menyediakannya.

Marilah kita hari ini bersama niatkan utk bersedekah membeli sebuah katil khas automatik dan sebuah mesin sedut khas buat insan terpilih , Danish Ilham Bin Norazla. Sebarang sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun bank ibu adik Ilham atas nama Jurafni binti Musa:

Progress:

RM100 raised

Goal: RM4000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini