Doakan adik Syifa Aulia hidap kanser tisu tahap empat - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kota Bharu - “Saya mohon orang ramai mendoakannya supaya sembuh, memandangkan dia semakin lemah dan kini menggunakan oksigen untuk bantua...

Doakan adik Syifa Aulia hidap kanser tisu tahap empat


Kota Bharu - “Saya mohon orang ramai mendoakannya supaya sembuh, memandangkan dia semakin lemah dan kini menggunakan oksigen untuk bantuan pernafasan,” kata Siti Nur Ashima Makhatar, 29, ibu kanak-kanak perempuan yang menghidap kanser tisu tahap empat, Nur Syifa Aulia Mohd Firdaus berusia setahun dua bulan.

Menurutnya, dia tidak sanggup melihat anaknya menanggung kesakitan, tetapi perlu kuat untuk memastikannya sembuh.

Katanya, sel kanser anak ketiga daripada empat beradik itu semakin merebak dan memerlukan rawatan rapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

“Nur Syifa dimasukkan ke HUSM pada Sabtu lalu kerana badannya semakin lemah dan bernafas dalam keadaan laju.

“Walaupun saya masih berpantang selepas 27 hari melahirkan anak perempuan, namun saya perlu gagahkan diri menjaga Nur Syifa di hospital kerana dia lebih memerlukan saya serta pemantauan 24 jam.

“Sejak Sabtu lalu, keadaannya semakin lemah dan dia langsung tidak menangis ketika pegawai perubatan mengambil darah atau melakukan rawatan terhadapnya.

“Saya berdoa supaya anak kembali sihat dan dapat menjalani kehidupan normal,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Siti Nur Ashima bersyukur kerana nasib anaknya mendapat perhatian ramai selepas dilaporkan media pada November lalu.

Menurutnya, ramai yang prihatin dan menghulurkan sumbangan sekali gus dapat meringankan beban yang ditanggungnya sekeluarga terutama suami, Mohd Firdaus Abdul Rahim, 33, yang perlu berulang-alik dari Kampung Kubang Golok, Bachok ke HUSM.

Kongsi Portal Ini