*Pohon bantuan orang ramai kesan wanita hilang - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Balik Pulau - Guru berusia 27 tahun dari Sekolah Kebangsaan Genting Balik Pulau, tidak pulang ke rumah keluarganya sejak semalam, diperc...

*Pohon bantuan orang ramai kesan wanita hilang


Balik Pulau - Guru berusia 27 tahun dari Sekolah Kebangsaan Genting Balik Pulau, tidak pulang ke rumah keluarganya sejak semalam, dipercayai hilang tanpa dikesan.

Menurut Muhammad Naim Mahayadin, 29, berkata, isterinya, Nur Farhana Haji Ibrahim, dihantar ke Tol Alor Setar pada jam 5.45 pagi Isnin, untuk pergi bekerja dengan menaiki kereta kawannya sebelum dihantar ke Tol Sungai Dua untuk mengambil keretanya.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, Muhammad Naim ada cuba menghubungi isterinya pada jam 4.30 petang, namun panggilannya itu tidak dijawab.

Apabila dia pulang ke rumah pada jam 6.30 petang mendapati, telefon bimbit isterinya berada di atas almari bilik.

"Saya ada menghubungi kawan-kawan isteri dan bertanya tentang isteri saya. Namun mereka juga tidak tahu di mana isteri saya berada. Cuma mereka beritahu hanya kereta milik isteri sahaja yang ada ditinggalkan di luar kawasan sekolah.

"Pada Isnin lalu, dia memang hadir ke sekolah. Berdasarkan apa yang guru besar sekolah beritahu, kali terakhir dia melihat isteri saya pada jam 9.40 pagi di kantin sekolah.

"Setahu saya, hubungan saya dan isteri tiada apa-apa masalah rumah tangga setakat hari ini," katanya.

Difahamkan, Nur Farhana pernah menerima rawatan psikiatri (kemurungan) di Kedah Medical Centre, Alor Setar.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak Nur Farhana, diminta menghubungi nombor berikut: 0111-0649948



*Ustazah tidur di surau

Ustazah yang dilaporkan hilang di Balik Pulau, Pulau Pinang sejak semalam kini berada dalam keadaan selamat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar.

Ustazah Nur Farhana Ibrahim, 27, dilaporkan datang sendiri ke balai polis berkenaan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, guru berkenaan bagaimanapun masih sukar untuk mengingati apa yang berlaku sepanjang kehilangannya.

“Guru berkenaan hadir ke balai polis jam 3.15 petang tadi dan setakat ini hanya memberitahu dia bermalam di surau untuk tidur.

“Polis sudah menghubungi suami dan keluarga guru berkenaan untuk hadir ke balai bagi membawanya pulang,” katanya ketika dihubungi di Ipoh hari ini.

Razali berkata, pihaknya juga sudah memaklumkan mengenai penemuan guru terbabit kepada pihak polis di Balik Pulau.

Semalam media melaporkan ustazah yang mengajar di SK Genting, Balik Pulau itu dikhuatiri hilang selepas tidak hadir mengajar sedangkan keretanya berada di luar kawasan sekolah.

Kehilangan Nur Farhana disedari suaminya selepas dia tidak pulang ke rumah mereka di Langgar, Kedah, petang kelmarin.

0 comments:

Kongsi Portal Ini