KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Port Dickson - Seorang bapa bingung tentang masa depan enam anaknya selepas mengalami masalah kesihatan yang menyebabkannya tidak dapat b...


Port Dickson - Seorang bapa bingung tentang masa depan enam anaknya selepas mengalami masalah kesihatan yang menyebabkannya tidak dapat bekerja.

Kamarul Sharizam Kamarudin, 40, berkata beliau terpaksa membesarkan semua anak berusia dua hingga 13 tahun di rumahnya di Taman Politeknik di sini selepas bercerai dengan isterinya dua tahun lalu.

"Bekas isteri meninggalkan semua anak itu kepada saya selepas kami bercerai dua tahun lalu. Ia adalah hak dia untuk bebas.

"Tetapi saya bimbang tentang nasib enam anak, jika saya ditakdirkan untuk tidak hidup lama kerana berbagai penyakit seperti kegagalan jantung, tekanan darah tinggi, diabetes, asma dan batu ginjal.

"Saya baru keluar dari hospital selepas beberapa hari dalam keadaan koma. Anak saya terpaksa tinggal sendirian di rumah tanpa sebarang penjagaan. Mereka juga mengadu kelaparan kerap kerana tiada makanan, "katanya.

Beliau ditemui selepas menerima bantuan makanan harian dari Pertubuhan Kebajikan Asnaf Negeri Sembilan (N9 kekasih) di rumahnya di sini semalam.

Kamarul berkata selepas bercakap dengan saudara-mara, dia memutuskan untuk menghantar empat anaknya ke rumah kebajikan.

"Ia adalah keputusan yang sukar tetapi untuk masa depan mereka, saya terpaksa. Saya tidak mampu lagi dan berharap mereka dapat menyesuaikan diri dengan rumah kebajikan itu kemudian.

"Anak perempuan termuda berusia dua tahun itu akan dijaga oleh kakak saya di Seremban dan anak lelaki berusia 13 tahun itu akan bersama saya kerana dia mempunyai autisme sejak zaman kanak-kanak.

"Nasib baik saya menerima bantuan RM200 dari JKM sejak dua bulan lepas. Tetapi rumah yang saya tinggal di sini akan dilelongkan tidak lama lagi. "Mungkin nanti saya perlu tinggal di rumah kakak saya di Senawang," katanya.

Mengikutnya, cubaannya sekarang mempunyai kebijaksanaan sendiri dan dia menerima mereka dan sangat berterima kasih kepada Kekasih yang dikasihi.

"Harapan saya ialah anak yang akan ditempatkan di rumah kebajikan akan memberi tumpuan kepada pendidikan dan menjadi orang yang berguna pada masa akan datang," katanya sambil menangis.

Sementara itu, Pengerusi Perkasih N9, Norfadilah Mansor berkata empat anak Kamarul diserahkan kepada Rumah Kebajikan Al Kausar, Senawang.

"Empat anak berusia empat hingga 11 tahun akan diambil dalam masa terdekat. Orang yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyumbang kepada Kamarul Sharizam melalui:

Klang - Seorang pekerja kilang kini menderita akibat sakit tulang belakang yang kronik selepas terbiasa mengangkat bebanan berat deng...


Klang - Seorang pekerja kilang kini menderita akibat sakit tulang belakang yang kronik selepas terbiasa mengangkat bebanan berat dengan kaedah salah sejak dia mula bekerja 30 tahun lalu.

Berikutan itu, Mat Zin Husin, 54, kini tidak mampu bekerja seperti biasa dan terbaring lesu di katil. “Kesihatannya juga bertambah buruk apabila turut menghidap penyakit kencing manis yang menjadikan badan saya menyusut.

“Sudah tiga bulan saya tidak bekerja kerana penyakit ini. Ini menyebabkan saya tidak mendapat gaji yang penuh,” katanya kepada Bebasnews selepas menerima kunjungan Pengerusi NGO, 99 Kebajikan Insan Selangor (99 Kesan), Muhd. Ali Zakariah di Klang hari ini.

Yang hadir sama ialah Setiausaha 99 Kesan, Ab. Rahman Nordin. Mat Zin berkata, beliau amat memerlukan bantuan lampin pakai buang, kos rawatan dan menampung belanja seharian.

Katanya, pendapatannya kini kurang daripada RM3000 akibat tidak mampu bekerja seperti biasa untuk mendapat gaji lebih tinggi.

“Saya juga perlu menanggung isteri, Normah Abdul Rahman, 52,dan seorang anak Zulfakri berusia 20-an yang masih tidak mempunyai kerja tetap.

“Dalam keadaan uzur begini saya tidak boleh aktif bergerak. Harap ada yang sudi membantu,”katanya.

Sementara itu Muhd. Ali berharap pihak Ahli Dewan Undangan Negeri Sentosa datang melawat Mat Zin untuk memberikan bantuan yang sepatutnya pada kadar segera.

“Kami berharap peruntukan yang sewajarnya seperti kerusi roda dan yang berkaitan diberikan kepada saudara Mat Zin, “katanya.

Mereka yang ingin melawat boleh mengunjungi Mat Zin di Pangsapuri Seri Proton Blok B 4-21 atau memberikan sumbangan melalui:

*Al-fatihah kepada keluarga Nur Annissa Zaki yang telah meninggal dunia pada 18 Ogos. Masjid Tanah - “Doktor kata anak saya mungkin bol...

*Al-fatihah kepada keluarga Nur Annissa Zaki yang telah meninggal dunia pada 18 Ogos.

Masjid Tanah - “Doktor kata anak saya mungkin boleh hidup dua atau tiga hari sahaja selepas dilahirkan,” ujar ibu, Norwati Saad, 35, kepada bayi kelainan fizikal, Nur Annissa Zaki yang baru berusia lima hari.

Menurutnya, pihak hospital turut memaklumkan jangka hayat anaknya tidak lama, namun dia dan suami, Zaki Rosly, 40, hanya mampu berserah kepada Allah dan berharap anaknya terus hidup sihat seperti bayi lain.

Suri rumah kepada lima anak itu meluahkan rasa tidak kesalnya apabila seorang ibu yang diuji dengan melahirkan bayi perempuan yang tiada tempurung kepala sehingga menyebabkan otak berada di luar.

Bayi comel kelainan fizikal itu dilahirkan 4 Ogos lalu namun diuji dengan keadaan masalah kecatatan pada tempurung kepala yang dinamakan Holoprosencephaly (HPE),’ selain lelangit sumbing serta memiliki enam jari pada tangan kanan.

Norwati yang melahirkan anak kelimanya itu di Hopsital Port Dickson, Negeri Sembilan berkata, doktor pernah menyarankan supaya dia menggugurkan kandungan pada usia bayinya tujuh bulan selepas laporan imbasan (scan) ultrasound yang mendapati terdapat kecacatan dibahagian kepala janin.

“Saya anggap semua yang terjadi adalah ujian dan kelahiran Nur Annissa adalah satu pemberian atau pinjaman yang tidak ternilai ALLAH SWT yang diberi kepada kami suami isteri lebih-lebih lagi anak perempuan pertama dalam keluarga saya memandang empat anak saya yang lain adalah lelaki,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui dirumahnya di Kampung Kuala Linggi, Masjid Tanah, di sini, hari ini. Jelasnya sejak mengetahui keadaan fizikal bayinya itu dia sudah menerima hakikat bersedia menghadapi apa jua ujian dengan hati terbuka sehingga melihat sendiri didepan mata untuk menyentuh bayinya itu secara realiti.

“Hati ibu mana tak sedih lihat anak yang dikandung sembilan bulan lahir dalam keadaan fizikal tidak normal, tapi saya dah bersedia sejak kandungan tujuh bulan lagi, dan apa sahaja yang Allah SWT berikan saya terima dan reda.

“Doktor kata anak saya hanya mampu hidup dua, atau tiga hari sahaja selepas bersalin namun sehingga hari ini saya bersyukur umurnya panjang dan memang mudah menjaga Nur Annissa kerana tidak banyak ragam,” katanya.

Sementara itu, ayah kepada bayi comel itu, Zaki yang bekerja sebagai operator kilang di Tangga Batu berkata, anaknya juga tidak minum susu badan disebabkan turut mengalami masalah lelangit sumbing serta terpaksa menggunakan cawan sukatan plastik.

Katanya, dia berharap ada pihak yang dapat membantu anaknya terutama mereka yang pakar dalam bidang perubatan supaya anaknya dapat membesar dengan sihat dan menikmati kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.

“Setakat ini pihak hospital tidak memaklumkan kami apa-apa untuk menjalani rawatan susulan dan kami sendiri tidak tahu apa yang boleh kami buat, cuma di bahagian kepala Nur Annissa kami mengalaskan dengan kapas kerana terdapat cecair kekuningan yang keluar dan setiap beberapa jam perlu dilap untuk mengelakkan jangkitan,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan menyumbang atau menghulurkan bantuan, boleh menghubungi beliau melalui nombor telefon 011-61673662 atau sumbang ke akaun bank BSN 0411729000088130.

Maran - Seorang bayi berusia 7 hari memerlukan bantuan kerana mengalami masalah saluran darah pada jantungnya gagal berfungsi dengan bai...


Maran - Seorang bayi berusia 7 hari memerlukan bantuan kerana mengalami masalah saluran darah pada jantungnya gagal berfungsi dengan baik di mana pembedahan segera akan dijalankan pada hari esok, Isnin 5 Ogos.

Dari makluman oleh pakar perubatan, jantung bayi tersebut, Nor Aleeya Dhamrah gagal membekalkan darah mencukupi ke seluruh tubuhnya menyebabkan pembedahan arterial switch perlu dilakukan.

Kos terlibat dianggarkan antara RM30,000 hingga RM40,000 bagi pembedahan dan rawatan yang akan dijalankan dan kini bayi tersebut berada di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Bapa bayi tersebut Muhammad Arrozi Mohd Jabar, 29 tahun hanya bekerja membaik pulih motosikal dan merupakan aktivis Alternative Riding Club (ARC) yang kini tinggal di Kampung Bukit Lada, Chenor, di sini.

Manakala ibu kepada bayi tersebut, Noor Farah Munirah Othman, 25 tahun hanya merupakan merupakan suri rumah sepenuh masa dan tidak bekerja.

Oleh demikian, pasangan ini tidak mampu menyediakan kos tersebut dan walaupun terdapat agensi tertentu telah memberi akujanji sumbangan, ianya masih jauh dari mencukupi.

Sehubungan itu, Yang DiPertua PAS Kawasan Maran, Hasenan Harun menyeru orang ramai untuk bersama membantu meringankan ujian sedang dihadapi keluarga ini bagi membiayai kos tersebut.

Segala sumbangan orang ramai boleh disalurkan ke akaun Maybank 506052611577 atas nama Muhammad Arrozi dan beliau boleh dihubungi di talian 014-515 6632.

Melaka - Seorang warga emas dari Muar, Johor sanggup berulang-alik ke sini setiap hari, semata-mata mencari rezeki dengan menjual ikan ma...


Melaka - Seorang warga emas dari Muar, Johor sanggup berulang-alik ke sini setiap hari, semata-mata mencari rezeki dengan menjual ikan masin untuk menyara kehidupannya dengan isteri yang uzur.

Md Zin Ahmad, 63, dari Bukit Pasir, Muar keluar dari rumah seawal jam 8 pagi menaiki bas ke Melaka Sentral, di sini, perjalanan kira-kira 100 kilometer.

Beliau menjual kira-kira 100 bungkus ikan masin yang diperoleh dari Parit Jawa, Muar. Katanya, beliau akan bergerak dari satu tempat ke tempat lain bagi memastikan semua ikan masin yang dibawa terjual.

Md Zin berkata, kadang-kadang orang ramai tidak peduli dengan jualannya, namun dia tidak sesekali mendesak.

Beliau berkata, isterinya, Fatimah Md Said, 73, terlantar di rumah akibat sakit tua dan dia perlu bekerja kuat mencari rezeki.

“Pak cik tidak mahu membebankan empat anak yang sudah dewasa kerana mereka mempunyai keluarga sendiri,” katanya ketika ditemui, di sini.

Md Zin hanya memperoleh komisen sebanyak 50 sen bagi setiap bungkus jualan ikan masin dan terpaksa berbelanja kira-kira RM30 sehari untuk tambang pergi dan pulang, perbelanjaan makan sehingga jam 9 malam.

“Saya terpaksa berjalan ke kawasan Melaka Sentral untuk menjual ikan masin dengan harga RM10 bagi empat bungkus kerana sambutan di situ lebih menggalakkan, berbanding tempat lain,” katanya yang turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Md Zin berkata, dia masih mempunyai kudrat untuk bekerja, walaupun terpaksa berjalan sendirian mendekati orang ramai menjual ikan gelama masin itu.

“Kadangkala ada rezeki lebih apabila pelanggan yang sedia tahu saya di sini (Melaka Sentral) akan mencari saya untuk menempah bekalan ikan masin untuk majlis kenduri kesyukuran dan kenduri perkahwinan,” katanya.

Katanya, jarak dari Muar hingga ke bandar Melaka bukanlah penghalang untuk mencari rezeki kerana dia menjaga pengambilan ubatan secara harian untuk penyakit yang dihidapi sejak beberapa tahun lalu.

Orang ramai yang ingin membantu pakcik ini boleh berbuat demikian melalui:
BSN - 0115629000002829 (Md Zin bin Ahmad)

Temerloh - Baru-baru ini, telah tular beberapa keping gambar di media sosial memaparkan seorang wanita bersama dua orang anak kecilnya di...


Temerloh - Baru-baru ini, telah tular beberapa keping gambar di media sosial memaparkan seorang wanita bersama dua orang anak kecilnya dilihat menumpang teduh di Hospital Temerloh, dengan hanya tidur beralaskan kotak.

Namun, menurut tersebut yang dikenali Sarina Endut, 40 tahun, tindakannya tidur di hospital bersama dua anak perempuannya, adalah kerana dia mahu menjaga suami yang sakit selepas menghidap kanser usus 24 Julai lalu.
Tiada kenderaan untuk ulang-alik ke hospital

Disebabkan tidak mempunyai wang yang mencukupi dan tiada kenderaan untuk berulang dari rumah, Sarinah terpaksa membawa dua anaknya yang berusia 7 dan 8 tahun, berkampung hampir dua minggu di hospital tersebut.

Ibu kepada dua orang anak itu kini dilanda pula dengan masalah kewangan, selepas dia yang bekerja sebegai tukang cuci telah diberhentikan, kerana selalu mengambil cuti menjaga suami di hospital.

Sarinah selalu dilihat sedang termengah-mengah kerana terpaksa terkejar-kejar untuk menjaga keperluan suami dengan menjenguk anak-anak yang berada di aras bawah.

Baru-baru ini, telah tular beberapa keping gambar di media sosial memaparkan seorang wanita bersama dua orang anak kecilnya dilihat menumpang teduh di Hospital Temerloh, dengan hanya tidur beralaskan kotak.

Namun, menurut tersebut yang dikenali Sarina Endut, 40 tahun, tindakannya tidur di hospital bersama dua anak perempuannya, adalah kerana dia mahu menjaga suami yang sakit selepas menghidap kanser usus 24 Julai lalu.
Tiada kenderaan untuk ulang-alik ke hospital

Disebabkan tidak mempunyai wang yang mencukupi dan tiada kenderaan untuk berulang dari rumah, Sarinah terpaksa membawa dua anaknya yang berusia 7 dan 8 tahun, berkampung hampir dua minggu di hospital tersebut.

Ibu kepada dua orang anak itu kini dilanda pula dengan masalah kewangan, selepas dia yang bekerja sebegai tukang cuci telah diberhentikan, kerana selalu mengambil cuti menjaga suami di hospital.

Sarinah selalu dilihat sedang termengah-mengah kerana terpaksa terkejar-kejar untuk menjaga keperluan suami dengan menjenguk anak-anak yang berada di aras bawah.

“Suami memerlukan bantuan saya untuk menguruskan dirinya. Saya terpaksa turun naik dari wad ke lobi untuk melihat anak-anak, memang penat namun sekurang-kurangnya saya dapat melihat mereka di depan mata…”

Difahamkan, kos perbelanjaan akan bertambah kerana suaminya terpaksa dipindahkan ke hospital Selayang selama dua minggu, oleh itu pada sesiapa yang ingin menyumbang. Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun di bawah ini.

Nama: Sarina bt Endut
Maybank: 157184204253

Kuala Lumpur- "Hanya kesedihan dirasai selepas rumah didiami sejak tujuh tahun lalu musnah dalam kebakaran,” kata Nor Shahfaizal Moh...


Kuala Lumpur- "Hanya kesedihan dirasai selepas rumah didiami sejak tujuh tahun lalu musnah dalam kebakaran,” kata Nor Shahfaizal Mohd Noor, 41.

Nor Shahfaizal berkongsi perasaannya selepas rumah kayu yang didiami bersama isteri, Nik Ruzilawati Raja Manshor, 41, dan tiga anak musnah dalam kebakaran Selalu lalu.

Kebakaran itu menyebabkan Nor Shahfaizal kerugian lebih RM200,000 dan sekeluarga kini tinggal sehelai sepinggang dan terpaksa bergantung dengan sumbangan ihsan orang ramai.

Menceritakan perkara sebenar, Nor Shahfaizal berkata, kejadian berlaku ketika dia sekeluarga tiada dia rumah dan dipercayai angkara perbuatan khianat individu tidak dikenalpasti.

“Ketika kejadian, saya berada di luar atas urusan kerja manakala isteri dan anak-anak di rumah kakak di Subang Jaya, Selangor.

“Saya tahu mengenai kejadian itu pun selepas menerima panggilan daripada rakan tetapi tidak dapat menyelamatkan apa-apa kerana selepas tiba di rumah, semuanya sudah musnah dijilat api.

“Saya rasa tak sedap hati dan berat untuk keluar dari rumah pada hari berkenaan dan tak sangka perasaan itu petanda perkara buruk akan berlaku,” katanya ketika ditemui di tapak rumahnya di Kampung Sungai Kertas, Batu Caves.

Menurutnya, sejak kejadian itu, dia bermalam di khemah yang dipasang berhampiran tapak rumahnya.

Sementara isteri dan tiga anaknya menumpang teduh di penempatan sementara iaitu sebuah rumah yang terletak di Fasa 8, Taman Sri Gombak.

“Kebakaran itu bukan hanya memusnahkan perkakas rumah tetapi aset lain seperti motosikal dan peralatan digunakan untuk mencari rezeki seperti mesin rumput, generator dan set pertukangan serta alat ganti kenderaan.

“Namun saya tak boleh berganjak dari sini kerana ada aset lain iaitu van serta haiwan ternakan seperti lembu, ayam, itik, angsa serta kucing yang perlu dijaga.

“Sebab itu, saya ambil keputusan bermalam di khemah saja manakala yang lain (anak dan isteri) di penempatan sementara.

“Saya terima dengan reda dan anggap ini ujian Allah SWT cuma perlu bangkit dengan bermula semula dari bawah untuk membina rumah yang sudah musnah kerana mahu kekal menetap di sini,” katanya yang melakukan pelbagai pekerjaan termasuk memotong rumput dan menjual petai untuk menyara keluarga.

Sementara itu, isterinya, Nik Ruzilawati yang kini mengandung tujuh bulan sedih dengan apa yang berlaku tetapi bersyukur kerana insiden berkenaan tidak meragut nyawa mereka sekeluarga.

“Tiada apa yang tinggal kerana semuanya musnah termasuk buku, baju dan kelengkapan sekolah anak-anak.

“Malah kucing peliharaan kami juga hampir mati dalam kebakaran itu. Namun ramai juga rakan, masyarakat setempat dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sri Gombak 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hillcrest datang melawat serta menghulurkan sumbangan kepada kami selepas kejadian,” katanya.

Musibah yang menimpa keluarga Nor Shahfaizal mendapat perhatian warganet selepas kisah itu dimuat naik di laman Facebook Taman Sri Gombak. Setakat 5.30 petang ini, hantaran itu mendapat 1,100 tanda suka dan dikongsi 1,000 warganet.

Orang ramai yang berhasrat membantu keluarga itu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank 103088104244 atas nama Nik Ruzilawati Raja Manshor.

Kangar - Rasa terharu menyelubungi hati seorang ibu tunggal dekat sini apabila penderitaan yang terpaksa ditanggung beliau mendapat perha...


Kangar - Rasa terharu menyelubungi hati seorang ibu tunggal dekat sini apabila penderitaan yang terpaksa ditanggung beliau mendapat perhatian Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar.

Menerusi program Ziarah Kebajikan Anak Muda anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DPPK Kangar, beberapa orang wakil DPPK Kangar dan ARC Kangar diketuai ketuanya Dr. Saifizi Saidon, telah menziarahi ibu tunggal berkenaan di kediamannya di Pangsapuri Seri Sena dekat sini pada 28 Julai lalu.

Norhaiziah Din kini bersendirian menjaga anaknya berusia 21 tahun yang menderita penyakit saraf tanpa sokongan daripada bekas suaminya.

Terhimpit dengan beban kewangan, ibu kepada empat orang anak itu mengakui terpaksa memberikan tumpuan sepenuh masa menjaga anaknya itu yang tidak lagi mampu menguruskan dirinya sendiri.

Bersempena ziarah berkenaan, Dr. Saifizi turut menghulurkan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan harian serta wang tunai daripada Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan DPPK Kangar kepada beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar turut mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai dan sumbangan bolehlah dibuat menerusi akaun Public Bank bernombor 6886034107 atas nama Norhaiziah Din.

Machang - Cacat penglihatan tidak menghalang seorang warga emas di Kampung Wakaf Bata di sini, untuk menguruskan isterinya yang menghidap...


Machang - Cacat penglihatan tidak menghalang seorang warga emas di Kampung Wakaf Bata di sini, untuk menguruskan isterinya yang menghidap pelbagai penyakit termasuk asma kronik.

Jusoh Draman, 70, tabah menjaga isterinya Aini Hassan, 66, walaupun dirinya turut uzur. Ruang tamu umpama wad bagi pasangan itu untuk memudahkan pergerakan termasuk ke hospital jika Aini diserang lelah.

Aini berkata, mereka berdua mempunyai masalah kesihatan dan suaminya menghidap penyakit darah tinggi selain pernah diserang strok.

Katanya, suaminya tidak nampak sejak tiga tahun lalu akibat penyakit tersebut dan mereka saling bergantung di antara satu sama lain walaupun ada seorang anak yang tinggal bersama.

Menurutnya, hospital menjadi rumah keduanya kerana sering diserang lelah sejak kebelakangan ini. “Mak cik selalu ulang-alik ke hospital dan setiap kali ke sana kami perlu sediakan sekurang-kurangnya RM100 untuk kos pergi balik.

“Biasanya mak cik ditempatkan di hospital di Kota Bharu atau Kuala Krai. Mak cik bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM150 sebulan dan bantuan daripada anak-anak yang juga hidup susah,” katanya.

Warga emas itu ditemui ketika menerima kunjungan Rakan Cegah Jenayah Machang (RCJM) di rumahnya pada Sabtu.

RCJM turut menyerahkan barangan keperluan dapur bagi meringankan beban pasangan suami isteri itu.

Bendahari RCJM, Abdul Rahim Mat berkata, seramai 25 penduduk memerlukan menerima sumbangan sekali gus mengeratkan hubungan RCJM dengan masyarakat.

Kongsi Portal Ini