Pekerja kilang hidap sakit tulang belakang kronik pohon bantuan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Klang - Seorang pekerja kilang kini menderita akibat sakit tulang belakang yang kronik selepas terbiasa mengangkat bebanan berat deng...

Pekerja kilang hidap sakit tulang belakang kronik pohon bantuan


Klang - Seorang pekerja kilang kini menderita akibat sakit tulang belakang yang kronik selepas terbiasa mengangkat bebanan berat dengan kaedah salah sejak dia mula bekerja 30 tahun lalu.

Berikutan itu, Mat Zin Husin, 54, kini tidak mampu bekerja seperti biasa dan terbaring lesu di katil. “Kesihatannya juga bertambah buruk apabila turut menghidap penyakit kencing manis yang menjadikan badan saya menyusut.

“Sudah tiga bulan saya tidak bekerja kerana penyakit ini. Ini menyebabkan saya tidak mendapat gaji yang penuh,” katanya selepas menerima kunjungan Pengerusi NGO, 99 Kesan, Muhd. Ali Zakariah di Klang hari ini.

Yang hadir sama ialah Setiausaha 99 Kesan, Ab. Rahman Nordin. Mat Zin berkata, beliau amat memerlukan bantuan lampin pakai buang, kos rawatan dan menampung belanja seharian.

Katanya, pendapatannya kini kurang daripada RM3000 akibat tidak mampu bekerja seperti biasa untuk mendapat gaji lebih tinggi.

“Saya juga perlu menanggung isteri, Normah Abdul Rahman, 52,dan seorang anak Zulfakri berusia 20-an yang masih tidak mempunyai kerja tetap.

“Dalam keadaan uzur begini saya tidak boleh aktif bergerak. Harap ada yang sudi membantu,”katanya.

Sementara itu Muhd. Ali berharap pihak ADUN Sentosa datang melawat Mat Zin untuk memberikan bantuan yang sepatutnya pada kadar segera.

“Kami berharap peruntukan yang sewajarnya seperti kerusi roda dan yang berkaitan diberikan kepada saudara Mat Zin, “katanya.

Mereka yang ingin melawat boleh mengunjungi Mat Zin di Pangsapuri Seri Proton Blok B 4-21 atau memberikan sumbangan melalui:

012-2487138
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini