
Georgetown - Dua beranak yang melecur disambar api dapur ketika menolong seorang warga emas di sebuah madrasah di Sungai Bakap, dekat sini bulan lalu, merayu bantuan orang ramai bagi menampung perbelanjaan dan kos perubatan mereka.
Dalam kejadian di Madrasah Al Irshad Ashraf Al Watniah pada 30 Oktober lalu, Shahrin Muhamad, 68, dan anak perempuannya, Nurul Zulaika, 18, yang juga penghuni di madrasah itu melecur pada muka, tangan dan kaki.
Mereka terlantar di Hospital Pulau Pinang sejak hari kejadian untuk mendapatkan rawatan.
Menceritakan semula detik itu, Shahrin berkata, niatnya mahu membantu seorang warga emas penghuni madrasah itu yang meminta tolong memeriksa tong gas di pondok berkenaan selepas terhidu bau gas yang kuat.
Katanya, dia dan anaknya kemudian memeriksa dapur di pondok berkenaan dan mendapati bau gas yang kuat sebelum menanggalkan hos gas untuk membiarkan bau itu hilang.
"Saya kemudian cuba memetik api dapur dan secara tiba-tiba api turut menyala dan menyambar saya dan juga anak kira-kira dalam masa seminit sebelum ia padam dengan sendiri.
"Mujurlah api tidak merebak ke kawasan lain dan hanya merebak kira-kira tiga meter di kawasan dapur itu," katanya ketika ditemui di HPP, di sini, hari ini.
Difahamkan, Shahrin bersama isteri dan anaknya sebelum ini menetap di Kuala Lumpur dan baru berpindah ke Pulau Pinang pada Disember lalu untuk memulakan kehidupan baru dengan mempelajari agama di madrasah berkenaan.
Shahrin yang bekerja sebagai tukang kebun di madrasah itu, berkata anaknya baru selesai menjalani pembedahan menampal kulit yang melecur, semalam.
Dia yang mempunyai enam anak kini memerlukan bantuan bagi membiayai kos perubatan dan pembedahan mereka di HPP.
"Madrasah berkenaan juga memerlukan peruntukan bagi kerja pembaikan yang dapat memenuhi aspek keselamatan," katanya.
Madrasah Al Irshad Ashraf Al Watniah:
![]() |
04-5826389 |
![]() |
|
Progress:
|
Goal: RM500 |
0 comments: