Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan

Pemohon:  Islamic Aid Malaysia (IAM) Tujuan: Membantu persediaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah. ...


Pemohon: Islamic Aid Malaysia (IAM)
Tujuan: Membantu persediaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah.

Program ini memberi tumpuan  kepada anak-anak yatim, kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan anak-anak golongan yang memerlukan di kawasan luar bandar.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Islamic Aid Malaysia (IAM) atau hubungi mereka:



019-3973558
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Pulau Pinang - Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini memohon jasa baik rakyat Malaysia untuk membaik pulih kembali masjid, surau dan se...


Pulau Pinang - Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini memohon jasa baik rakyat Malaysia untuk membaik pulih kembali masjid, surau dan sekolah agama berikutan bencana banjir dan angin kenacang yang melanda negeri ini Ahad lalu.

Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin berkata, kos untuk membaik pulih kesemua bangunan dan rumah ibadat itu menelan belanja lebih RM562,000.

Tujuan: Membaiki masjid, surau dan sekolah sekitar Pulau Pinang yang rosak akibat banjir.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank Majlis Agama Islam Pulau Pinang:



Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Pulau Pinang - Seorang ibu tunggal hanya mampu menangis kerana perlu membanting tulang menyara keluarga, dua anak saudara yatim piatu s...


Pulau Pinang - Seorang ibu tunggal hanya mampu menangis kerana perlu membanting tulang menyara keluarga, dua anak saudara yatim piatu serta bapa tiri yang menderita kencing manis kronik.

Wan Suryani Salleh, 42, berasal dari Kamunting, Perak menyewa di Permatang Sireh, dekat sini, sejak lima tahun lalu hanya berniaga kecil-kecilan di hadapan rumah untuk mencari rezeki.

Selain dua anak berusia 16 dan 21 tahun, dia juga perlu menjaga dua anak saudara, Wan Muhammad Haziq Wan Asri, 11, dan Wan Muhammad Haikal, 12, yang menjadi yatim piatu selepas kematian ibu bapa.

Ibu dua beradik itu, Safarina Awang Kechik meninggal dunia pada 2006 selepas tiga bulan melahirkan Wan Muhammad Haziq manakala bapa mereka, Wan Asri Salleh menemui ajal pada 2008 akibat nahas jalan raya.

Menurut Wan Suryani, dia menjaga dua beradik berkenaan sejak kecil berikutan saudaranya yang lain juga kesempitan hidup. Manakala bapa tirinya, Ishak Che Nas, 65, tidak mampu berniaga berikutan menghidap kencing manis kronik sehingga sukar berjalan.

“Saya menetap di Permatang Sireh sejak 2011 dan berniaga bihun sup dengan pendapatan sekitar RM10 hingga RM15 sehari.

“Wang itulah digunakan untuk keperluan sekolah dua anak saudara selain membayar sewa rumah RM400 sebulan. Memang tidak cukup, tetapi itu saja yang saya mampu,” katanya.

Wan Muhammad Haziq yang juga OKU belajar di Sekolah Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Hashim Awang manakala abangnya di Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh.

Menurut Wan Suryani, hanya Wan Muhammad Haziq menerima bantuan RM150 sebulan dari JKM. “Sebelum ini ketika di Kamunting, dua beradik berkenaan mendapat bantuan JKM RM400 sebulan, tetapi terhenti selepas kami berpindah dan menunggu keputusan permohonan baru,” katanya.

Semalam, pegawai JKM melawat dan mengambil maklumat keluarga berkenaan untuk siasatan. Wan Suryani berkata, dia turut berdepan kesukaran menghantar dua anak saudaranya itu ke sekolah kerana masing-masing belajar di sekolah berlainan manakala motosikal pula rosak.

Orang ramai yang ingin membantu boleh berhubung dengan Wan Suryani Salleh:

019-7115891
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu - Tiada apa yang mampu dilakukan Norsahada Razali, 29, melainkan meminta sedekah demi sesuap nasi untuk empat anaknya termas...


Kota Bharu - Tiada apa yang mampu dilakukan Norsahada Razali, 29, melainkan meminta sedekah demi sesuap nasi untuk empat anaknya termasuk seorang anak perempuan berusia setahun yang menghidap barah.

Baginya, biarlah apa orang hendak kata, kerana apa yang penting anaknya tidak kelaparan.

"Saya hanya mahu membesarkan anak dan beri mereka makan kerana jika saya tidak beri mereka makan, tidak ada siapa yang sudi membantu," katanya.

Kisah Norsahada tersebar di Facebook sejak kelmarin selepas seorang pelanggan di sebuah pasar raya di daerah ini membuat catatan mengenai wanita itu yang mengharap ihsan orang ramai sambil meriba anaknya di tepi eskalator pasar raya itu.

Norsahada berkata, dia terpaksa mengemis selepas suaminya yang mencari pekerjaan di Singapura hilang tanpa khabar berita sejak setahun lalu.

Katanya , sebelum ini dia terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu rumah sejak lebih setahun lalu apabila doktor mengesahkan ketumbuhan di mata kanan anak bongsunya, Nor Anis Mohamad adalah barah sejak anaknya itu berusia empat bulan.

"Ketika Nor Anis berusia lapan bulan, suami saya pergi ke Singapura untuk mencari kerja yang lebih stabil, tetapi selepas itu dia tidak pernah pulang dan bertanya khabar kami sekeluarga.

"Selepas itu, kehidupan saya dan anak berubah. Untuk meneruskan kehidupan seharian, saya terpaksa mengharapkan belas ihsan orang lain selain terpaksa menumpang di rumah ibu mentua di Kampung Lorong Beringin, di sini," katanya.

Menurutnya, setiap hari dia bersama anak bongsunya mengemis di pasar raya itu selepas Asar sehingga sebelum Maghrib.

"Dengan wang yang diperoleh hasil ihsan orang ramai, saya dapat menyara tiga anak berusia 11,9 dan 7 tahun yang bersekolah di SK Seri Kota dan perbelanjaan seharian mereka, namun dalam jumlah yang amat terhad.

"Selain itu, sebulan sekali saya perlu membawa Nor Anis mendapatkan rawatan penyakit barahnya di Hospital Raja Perempuan Zainab II," katanya.

Katanya, dia pernah membuat permohon dari pelbagai pihak untuk mendapat bantuan, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas diperoleh.

"Daripada terus mengharapkan bantuan itu, saya terpaksa berusaha sendiri dengan mengharapkan ihsan dari orang ramai.

“Bagaimanapun, saya masih berusaha mencari pihak yang sudi menghulurkan bantuan supaya penyakit barah anak saya dapat diubati," katanya.

Sesiapa yang sudi membantu, boleh hubungi Norsahada ditalian:

012-9494408
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Tangkak - Meskipun dia sendiri menghidap sakit tulang belakang sejak tujuh tahun lalu, Zaiton Hashim, 56, terus cekal menguruskan suamin...


Tangkak - Meskipun dia sendiri menghidap sakit tulang belakang sejak tujuh tahun lalu, Zaiton Hashim, 56, terus cekal menguruskan suaminya, Maznin Monir, 57, yang menghidap kencing manis dan kanser paru-paru tahap empat sejak beberapa bulan lalu.

Menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan pada masa sama menjadi tulang belakang keluarga memang cukup berat, tetapi kasih terhadap suaminya menjadikan ibu kepada tiga cahaya mata itu terus kuat menempuh ujian hidup.

“Kehidupan kami sekeluarga bertambah sukar apabila suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan tidak lagi dibenarkan bekerja selepas kaki kanannya dipotong awal tahun lalu.

“Sebelum ini, dia mengambil upah menoreh getah selepas pulang bekerja, tetapi apabila kakinya dipotong, dia tidak dapat melakukannya,” katanya yang tinggal di Kampung Sawah Ring.

Sejak itu, Zaiton mengambil alih tanggungjawab menguruskan keluarga, namun dia juga tidak mampu bekerja kerana keadaan kesihatannya. Sekali lagi dia diuji apabila mendapat tahu suami disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.

“Kini saya terpaksa mengharapkan pendapatan anak bongsu untuk meneruskan kehidupan. Anak sulung lelaki berusia 35 tahun dikategorikan OKU,” katanya.

Sebagai penerima bantuan JKM, Zaiton berkata, bantuan yang diterima termasuk daripada Baitulmal berjumlah RM300 sebulan digunakan untuk membeli keperluan lampin pakai buang dan susu khas untuk dia serta suami.

Shaziah berkata, orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Zaiton Hashim:


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Johor Bahru - “Selain pening, suami tidak menunjukkan tanda ketara mengalami barah buah pinggang tahap empat namun doktor mengesahkan su...


Johor Bahru - “Selain pening, suami tidak menunjukkan tanda ketara mengalami barah buah pinggang tahap empat namun doktor mengesahkan suami yang juga bekas pemandu lori berpeluang tipis untuk sembuh kerana sel kansernya merebak ke paru-paru dan tulang belakang,” kata Airen Suradi, 37, isteri kepada pesakit kanser, Arsian Ariffin, 40.

Arsian disahkan menghidap kanser buah pinggang dan kini hanya terlantar di rumah mereka di Taman Daya, di sini, sejak Mei lalu.

Airen berkata, suaminya mengalami pening hingga berhenti kerja November lalu mengakibatkan keluarganya bergantung sepenuhnya kepada simpanan keluarga.

“Bagaimanapun hasil laporan perubatan Januari lalu doktor mengesahkan suami saya mengalami barah tahap empat.

“Sebelum ini, berat badannya adalah 67 kilogram namun kini dia susut 20 kilogram kerana tiada selera makan dan kehilangan banyak zat dalam badan,” katanya.

Airen yang berasal dari Indonesia tetapi mendapat taraf penduduk tetap berkata, suaminya tidak dibenarkan menjalani rawatan kimoterapi berikutan tubuhnya terlalu lemah.

Menurutnya, dia menjaga suaminya sepanjang masa selain menjaga anak tunggal mereka, Muhammad Syafiq, lima tahun.

Katanya, setiap kali suami dimasukkan ke hospital dia mendapatkan bantuan kenalan untuk menjaga Muhammad Syafiq kerana perlu menemani suami di hospital.

“Suami juga mengalami kekurangan darah dan buat masa ini dia bergantung sepenuhnya kepada susu khas disyorkan doktor.

“Kos bulanan yang kami tanggung untuk suami melebihi RM1,000 termasuk pembelian susu dan lampin pakai buang.

“Simpanan keluarga hanya tinggal sedikit dan buat masa ini kami menggunakan wang disedekahkan keluarga dan rakan,” katanya.

“Kami sudah memohon bantuan daripada Jabatan JKM dan Majlis Agama Islam Johor namun difahamkan ia masih dalam proses.

“Permohonan termasuktuntutan faedah daripada Perkeso kerana ketika mula-mula suami menghidap penyakit itu, dia masih bekerja,” katanya.


Berikutan itu, Airen merayu orang ramai menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut bagi meringankan beban mereka sekeluarga:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Pemohon:  Roslina Samad Tujuan: kos rawatan perubatan & pengurusan suami  Sezaini Abd Satar yang menderita kanser hati yang kritik...


Pemohon: Roslina Samad
Tujuan: kos rawatan perubatan & pengurusan suami Sezaini Abd Satar yang menderita kanser hati yang kritikal.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Sezaini Abd Satar:


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kuala Pilah - “Muhammad Amsyar memerlukan pembedahan pemindahan hati dengan segera kerana jika tidak, ia akan menjejaskan nyawanya. ...


Kuala Pilah - “Muhammad Amsyar memerlukan pembedahan pemindahan hati dengan segera kerana jika tidak, ia akan menjejaskan nyawanya.

“Keadaan kesihatannya kini membimbangkan kerana tahap pembekuan darahnya merosot,” kata suri rumah, Norazlinah Abdul Aziz, 35,

Menurut Norazlinah, anak bongsunya berusia 11 bulan itu disahkan mengalami masalah saluran hempedu tersumbat Biliary Atresia ketika berusia 20 hari.

Katanya, meskipun Muhammad Amsyar pernah menjalani pembedahan pada usia 40 hari, tetapi ia tidak berjaya merawat masalah berkenaan.

“Kami merujuk Muhammad Amsyar ke hospital di ibu negara, tetapi tidak dapat menjalani pembedahan segera kerana perlu mematuhi senarai menunggu.

“Doktor yang merawat menyarankan kami menjalani pembedahan di hospital di Shanghai, China yang tidak memerlukan tempoh menunggu terlalu lama.

“Namun, apa yang menjadi kekangan adalah dana kerana kos keseluruhan mencecah RM350,000,” katanya.

Norazlinah berkata, suaminya Muhammad Illias Isa, 32, akan mendermakan hati kerana dia adalah penderma sesuai untuk anak mereka.

Namun, mereka perlu menunggu sehingga berat badan Muhammad Amsyar mencapai 10 kilogram iaitu kurang empat kilogram daripada berat sekarang.

“Saya sekeluarga akan berusaha apa yang terdaya termasuk meminta bantuan orang ramai bagi memastikan penyakit Muhammad Amsyar diubati,” katanya.

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata, pihaknya akan meneliti keperluan dan laporan perubatan Muhammad Amsyar sebelum menyalurkan bantuan diperlukan.

“Keadaan Muhammad Amsyar memerlukan pembedahan segera dan sebagai permulaan, BiKUM menyalurkan RM20,000 bagi memastikan dia mendapat rawatan secepat mungkin.

“Kita akan rujuk kes ini kepada pakar perubatan sebelum bantuan lanjut disalurkan,” katanya.

Oleh itu, sesiapa yang ingin membantu adik Muhammad Amsyar, sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Norazlinah Abdul Aziz:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Alor Setar - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, itulah perumpamaan yang sesuai bagi seorang warga emas, Abdullah Yunus, 71, ya...


Alor Setar - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, itulah perumpamaan yang sesuai bagi seorang warga emas, Abdullah Yunus, 71, yang dikatakan menderitai penyakit misteri iaitu ‘buah zakarnya membesar sebesar buah kelapa’.

Lelaki itu berkata dia mula mengalami penyakit itu selepas dia demam panas 30 tahun lalu dan pelbagai usaha dilakukan untuk mengubatinya namun sehingga ke hari ini masih menemui jalan buntu.

Katanya pada peringkat awal dahulu doktor Hospital Besar Alor Setar memintanya membuat pembedahan tetapi dia tidak berbuat demikian atas faktor kesempitan hidup.

Doktor yang merawatnya pernah memberitahu bahawa penyakit itu adalah berpunca daripada masalah darah yang masih belum ada penawarnya, kata bapa kepada tiga anak itu ketika ditemui di rumahnya di Kuala Nerang, hari ini.

Katanya sejak itu dia tidak mampu menoreh getah dan hanya mengharapkan bantuan orang ramai dan JKM sebanyak RM400 sebulan.

“Walaupun saya sudah tidak boleh melakukan pembedahan lagi kerana faktor usia, tetapi saya masih berusaha untuk mengubatinya... saya sangat-sangat mengalu-alukan pihak yang boleh mengubati penyakit saya ini supaya dapatlah saya menjalani kehidupan seperti orang lain,” katanya.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada Abdullah Yunus boleh berbuat demikian:


010-8173904
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Johor Bahru - Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya Negeri Johor yang beralamat di  No 1, Jalan Keembong 45...



Johor Bahru - Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya Negeri Johor yang
beralamat di No 1, Jalan Keembong 45, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, memohon orang ramai untuk membantu mereka.

Manusia sangat dianjurkan untuk saling berbagi dan sedekah dalam Islam khususnya bagi mereka yang sangat membutuhkan. 

Ini merupakan salah satu amalan yang sudah diperintahkan langsung oleh Allah SWT untuk semua umat-Nya. Salah satunya adalah dengan menyantuni anak yatim yang sudah sangat diwajibkan bagi mereka yang mampu.

Rasulullah SAW bersabda, “Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di surga seperti ini”, kemudian beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, serta agak merenggangkan keduanya.”

Ini mengartikan jika pahala yang sangat besar akan diterima bagi siapapun orang yang menyantuni anak yatim dengan hati yang ikhlas. 

Rasulullah SAW juga memberi gambaran jika surga letaknya akan sangat dekat di hati nurani menurut Islam yang menjadi penyantun tersebut. 

Lalu, apa saja pahala selengkapnya yang bisa didapatkan jika menyantuni anak yatim?, berikut ulasan selengkapnya untuk anda.

Allah SWT juga akan memberikan kelimpahan rezeki dan juga kemuliaan selain bisa dilakukan dengan dzikir pembuka rezeki. Hal ini juga berlaku sebaliknya dimana Allah SWT juga akan menyempitkan rezeki seseorang apabila tidak menyantuni dan memuliakan anak yatim.

“Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakanNya dan diberinya kesenangan, maka dia berkata, ‘Tuhanku telah memuliakanku’. 

Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata, ‘Tuhanku menghinaku’. Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim.” [surat Al-Fajr ayat 15-17].

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya Negeri Johor atau hubungi Yahya Haidrus:

07-3518055
Progress:

RM100 raised

Goal: RM5000

Muar - memohon bantuan orang ramai bagi mengurangkan bebanan yang ditanggungnya berikutan tidak bekerja kerana menguruskan isteri yang...


Muar - memohon bantuan orang ramai bagi mengurangkan bebanan yang ditanggungnya berikutan tidak bekerja kerana menguruskan isteri yang menghidapi barah ovari dan rahim tahap empat.

Salman Samat, 56, yang menetap di Taman Serom Utama, Sungai Mati, Muar berkata, dia terkejut dan sedih namun terpaksa kuat selepas isterinya, Faridah Hassan, 51, disahkan menghidap penyakit itu Oktober lalu.

Bapa kepada tiga cahaya mata ini berkata, isterinya sebelum ini tidak pernah mengadu sakit yang serius menyebabkan mereka sekeluarga tidak sedar mengenai tahap kesihatan Faridah.

“Isteri cuma mengadu sakit perut pada September lalu, saya fikir mungkin seperti sakit biasa. Pada waktu itu saya hanya membawa dia mendapatkan rawatan di klinik biasa dan doktor mengesahkan tiada masalah besar.

"Bagaimanapun, kesakitan isteri makin terganggu apabila dalam tempoh singkat, berat badannya turun mendadak. Kesakitan pada perutnya juga semakin teruk menyebabkan saya terpaksa merujuk keadaan dia di klinik lain pada akhir Oktober lalu,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini isterinya mengambil ubat disarankan doktor selain ubatan tradisional, namun belum bersedia bagi menjalani rawatan kimoterapi.

“Sebelum ini ada juga saya merujuk pada hospital kerajaan namun pihak mereka ingin membuat rawatan kimoterapi terlebih dahulu yang mana kesannya agak merbahaya.

“Saya terpaksa tolak cadangan berkenaan kerana tidak mahu kimoterapi dilakukan, sebaliknya inginkan isteri terus menjalankan pembedahan membuang barah yang kosnya mencecah RM22,000.

“Saya tak mahu hanya berserah, sebaliknya kami sekeluarga akan cuba mencari penawar dan jalan terbaik untuk memulihkan isteri. Sehingga kini lebih RM4,000 duit kami peruntukkan bagi membeli semua ubat berkenaan,” katanya.

Salman berkata, dengan keadaannya yang tidak bekerja ketika ini selain dua anak perempuannya yang sudah berkahwin mengakibatkan kekurangan wang menampung perbelanjaan rawatan.

“Dahulu, saya dan isteri hanya berniaga di hadapan rumah dengan menjual menu sarapan. Namun kini, pekerjaan itu tak dapat dilakukan kerana saya perlu menjaga isteri setiap masa.

“Anak bongsu lelaki berusia 18 tahun, namun saya tak benarkan lagi dia bekerja sebab saya mahu dia bantu saya menjaga ibunya. Adakalanya saya seorang pun tak sempat mengawasi Faridah setiap masa.

“Saya cuma mengharapkan agar isteri saya sempat menjalani pembedahan kerana keadaannya kini sangat lemah. Selagi berkesempatan, kalau boleh kami sekeluarga mahu menjaga sehingga dia pulih,” katanya.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Salman Samat atau hubunginya:

017-7837761
Progress:

RM0 raised

Goal: RM4000

Kongsi Portal Ini