
Salman Samat, 56, yang menetap di Taman Serom Utama, Sungai Mati, Muar berkata, dia terkejut dan sedih namun terpaksa kuat selepas isterinya, Faridah Hassan, 51, disahkan menghidap penyakit itu Oktober lalu.
Bapa kepada tiga cahaya mata ini berkata, isterinya sebelum ini tidak pernah mengadu sakit yang serius menyebabkan mereka sekeluarga tidak sedar mengenai tahap kesihatan Faridah.
“Isteri cuma mengadu sakit perut pada September lalu, saya fikir mungkin seperti sakit biasa. Pada waktu itu saya hanya membawa dia mendapatkan rawatan di klinik biasa dan doktor mengesahkan tiada masalah besar.
"Bagaimanapun, kesakitan isteri makin terganggu apabila dalam tempoh singkat, berat badannya turun mendadak. Kesakitan pada perutnya juga semakin teruk menyebabkan saya terpaksa merujuk keadaan dia di klinik lain pada akhir Oktober lalu,” katanya.
Beliau berkata, ketika ini isterinya mengambil ubat disarankan doktor selain ubatan tradisional, namun belum bersedia bagi menjalani rawatan kimoterapi.
“Sebelum ini ada juga saya merujuk pada hospital kerajaan namun pihak mereka ingin membuat rawatan kimoterapi terlebih dahulu yang mana kesannya agak merbahaya.
“Saya terpaksa tolak cadangan berkenaan kerana tidak mahu kimoterapi dilakukan, sebaliknya inginkan isteri terus menjalankan pembedahan membuang barah yang kosnya mencecah RM22,000.
“Saya tak mahu hanya berserah, sebaliknya kami sekeluarga akan cuba mencari penawar dan jalan terbaik untuk memulihkan isteri. Sehingga kini lebih RM4,000 duit kami peruntukkan bagi membeli semua ubat berkenaan,” katanya.
Salman berkata, dengan keadaannya yang tidak bekerja ketika ini selain dua anak perempuannya yang sudah berkahwin mengakibatkan kekurangan wang menampung perbelanjaan rawatan.
“Dahulu, saya dan isteri hanya berniaga di hadapan rumah dengan menjual menu sarapan. Namun kini, pekerjaan itu tak dapat dilakukan kerana saya perlu menjaga isteri setiap masa.
“Anak bongsu lelaki berusia 18 tahun, namun saya tak benarkan lagi dia bekerja sebab saya mahu dia bantu saya menjaga ibunya. Adakalanya saya seorang pun tak sempat mengawasi Faridah setiap masa.
“Saya cuma mengharapkan agar isteri saya sempat menjalani pembedahan kerana keadaannya kini sangat lemah. Selagi berkesempatan, kalau boleh kami sekeluarga mahu menjaga sehingga dia pulih,” katanya.
Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Salman Samat atau hubunginya:
![]() |
017-7837761 |
![]() |
|
Progress:
|
Goal: RM4000 |
0 comments: