
Menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan pada masa sama menjadi tulang belakang keluarga memang cukup berat, tetapi kasih terhadap suaminya menjadikan ibu kepada tiga cahaya mata itu terus kuat menempuh ujian hidup.
“Kehidupan kami sekeluarga bertambah sukar apabila suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan tidak lagi dibenarkan bekerja selepas kaki kanannya dipotong awal tahun lalu.
“Sebelum ini, dia mengambil upah menoreh getah selepas pulang bekerja, tetapi apabila kakinya dipotong, dia tidak dapat melakukannya,” katanya yang tinggal di Kampung Sawah Ring.
Sejak itu, Zaiton mengambil alih tanggungjawab menguruskan keluarga, namun dia juga tidak mampu bekerja kerana keadaan kesihatannya. Sekali lagi dia diuji apabila mendapat tahu suami disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.
“Kini saya terpaksa mengharapkan pendapatan anak bongsu untuk meneruskan kehidupan. Anak sulung lelaki berusia 35 tahun dikategorikan OKU,” katanya.
Sebagai penerima bantuan JKM, Zaiton berkata, bantuan yang diterima termasuk daripada Baitulmal berjumlah RM300 sebulan digunakan untuk membeli keperluan lampin pakai buang dan susu khas untuk dia serta suami.
Shaziah berkata, orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Zaiton Hashim:
0 comments: