
Gua Musang - "Saya berusaha menjaganya (Suni Angun Abdullah) dengan kasih sayang kerana dia adalah rahmat dari Allah," kata Wan R...
Dugaan bayi hidap penyakit Hydrocephalus, ibu redha dengan cabaran

Gua Musang - Seorang ibu yang menghidap penyakit tiroid (kelenjar) kronik tidak mampu lagi menghantar tiga anak yang turut menghidap penyak...
Ibu sakit tiroid tidak mampu rawat tiga anak hidap leukemia, tulang lembut

"Ada kalanya, saya gagal menahan air mata mengenangkan tiga anak terlantar malah saya juga sering letih dan sakit akibat tiroid," katanya ditemui di rumahnya hari ini.
![]() |
017-9039264 |
Progress:
|
RM110 raisedGoal: RM1000 |
Gua Musang - Empat beranak hidup serba kekurangan apabila menjadikan sebuah rumah bangsal menjual pisang goreng di Simpang Jalan Aring ...
Empat beranak hidup kekurangan berteduh di bangsal goreng pisang

Gua Musang - Empat beranak hidup serba kekurangan apabila menjadikan sebuah rumah bangsal menjual pisang goreng di Simpang Jalan Aring di sini sebagai tempat berteduh sejak 22 tahun lalu.
Mek Som Kadir, 56, menggalas tugas sebagai ketua keluarga untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga selepas suaminya, Kamaruzaman Mat Janal, 60, jatuh sakit sehingga terpaksa berhenti kerja sejak tahun lalu.
Pasangan itu turut tinggal di dalam bangsal itu bersama dua anak perempuan mereka iaitu Siti Norelyana,17, dan Siti Norelyani,16, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Chiku di sini.
Menurut Mek Som, rumah bangsal itu boleh roboh menyembah bumi pada bila-bila masa kerana struktur kayunya yang tidak kukuh dan semakin mereput.
Katanya, dia tidak pernah merungut kerana rumah bangsal itu syurga buat diri dan keluarganya selepas tidak mampu untuk memiliki kediaman yang lebih selesa.
“Saya menjual pisang goreng, petai dan buah-buahan tempatan dengan pendapatan RM500 sebulan di dalam rumah ini
“Saya bersyukur apabila dua anak ringan tulang membantu berniaga dan tidak pernah mengeluh dengan keadaan tempat tinggal kami yang serba kekurangan,” katanya.
Menurut Mek Som, suaminya tidak dapat bekerja selepas disahkan menghidap penyakit paru-paru, kencing manis dan tibi.
Jelasnya, setakat ini, suaminya belum mendapat sebarang bantuan termasuk daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah, Hizani Ibrahim ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima permohonan daripada pesakit warga emas terbabit.
Beliau berkata, pihaknya bersedia membantu orang yang memerlukan serta berharap keluarga berkenaan datang ke pejabat JKM daerah bagi membuat permohonan.
Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh salurkan ke akaun bank milik Kamaruzaman Mat Janal (suami) atau menghubungi Mek Som:
![]() |
017-8021656 |
Progress:
|
RM0 raisedGoal: RM1000 |
Gua Musang - Seorang ibu tunggal buntu memikirkan nasib anak lelakinya yang menghidap penyakit misteri yang menyebabkannya tidak dapat ...
Anak lelaki hidap penyakit misteri, ibu tunggal buntu memikirkan nasibnya

Gua Musang - Seorang ibu tunggal buntu memikirkan nasib anak lelakinya yang menghidap penyakit misteri yang menyebabkannya tidak dapat bercakap dan tidak mampu bergerak bebas.
Zawiah Hassan berkata, anaknya, Muhammad Safwan Mohd Afizan, 23 tahun, terkena penyakit misteri selepas sering histeria ketika belajar di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Bharu sejak Ogos tahun lalu.
Pelbagai usaha dilakukan bagi mengubati penyakit anak sulung daripada tiga beradik itu termasuk membawanya ke hospital dan berubat secara tradisional.
Namun, penyakit misteri yang dialami Muhammad Safwan tidak dapat dikenalpasti.
Zawiah, 44 tahun, berkata, mereka sekeluarga juga terpaksa melupakan sambutan Aidilfitri tahun ini kerana penyakit misteri anaknya masih belum sembuh.
"Tidak terbilang banyak juga (usaha berubat). Rata-rata sudah pergi. Paling jauh Kota Bharu. Tetapi sejak akhir-akhir ini, tidak boleh pergi.
"Pernah kena imbas kepala. Pergi periksa di hospital, katanya tiada ada-apa. Malah, hendak ambil air tulang belakang. Kita pun balik berubat cara kampung. Masih tidak sembuh," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mentara Lama, di sini.
Terdahulu, Zawiah menerima bantuan daripada Pengerusi E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail dan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.
Zawiah sebelum ini bekerja sebagai pembantu di kantin sekolah, namun kini tidak mempunyai sebarang pendapatan apabila terpaksa memberi tumpuan sepenuhnya menjaga Muhammad Safwan.
Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan hanya cukup untuk membeli barangan kelengkapan dan lampin pakai buang Muhammad Safwan.
Orang ramai yang bersimpati dan ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Zawiah di talian berikut atau menerusi akaun bank berikut atas nama Zawiah Hassan:
![]() |
017-9396791 |
Progress:
|
RM0 raisedGoal: RM500 |
Gua Musang - Pelbagai dugaan yang dihadapi oleh golongan kurang upaya yang jarang mendapat perhatian orang ramai akibat wabak COVID19. ...
COVID19: Tiga beranak hampir kebuluran, bertahan dengan biskut dan tehO

Gua Musang - Pelbagai dugaan yang dihadapi oleh golongan kurang upaya yang jarang mendapat perhatian orang ramai akibat wabak COVID19. “Beras habis dan mak cik tiga beranak hanya bergantung kepada biskut kering cicah teh-o untuk alas perut,” keluhan Hasnah Che Mat, 58, di Kampung Perasu, dekat sini.
Beliau berkata, keadaan itu dihadapi selepas tiga hari pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penularan coronavirus (COVID-19) bermula 18 Mac lalu.
Katanya, perbelanjaan hariannya bergantung kepada upah menoreh getah tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana arahan supaya berada dalam rumah.
“Lebih menyedihkan, bapa sedang sakit tua terlantar rumah hanya mampu disediakan teh-o dan biskut kering sahaja untuk dia makan tiga kali sehari.
“Kami hanya menumpang tinggal di rumah usang milik tuan kebun getah itu tanpa ada kemudahan air dan elektrik,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Perasu, hari ini.
Hasnah berkata, dia mengambil upah menoreh getah bersama suaminya, Ahmad Azmi Jusoh, 58, manakala bapanya, Che Mat Bakar, ditinggal seorang diri di rumah.
Katanya, sejak pelaksanaan arahan PKP itu dia tidak mengambil upah menoreh hingga wang yang disimpan hasil menoreh getah kehabisan.
“Mak cik hanya dapat upah menoreh getah sekitar RM500 sebulan, itu pun getah yang dijual sebulan sebelum dilarang menoreh untuk belanja makan,” katanya.
Katanya, selain belanja makan, wang itu juga dibelanja untuk membeli lampin pakai buang untuk bapanya yang sakit tua dan tidak boleh bergerak.
“Mak cik juga risau dengan harga getah sekerap yang menurun sehingga RM1.60 sekilogram sekarang sudah tentu turut menjejaskan pendapatan,” katanya.
“Bagaimanapun, kami bersyukur sudah mendapat bantuan makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab Aziz Yusof,”katanya.
Ab Aziz ketika dihubungi mengesahkan sudah mengambil perhatian terhadap tiga beranak yang kehabisan makanan kerana arahan PKP.
![]() |
019-9359413 |
Progress:
|
RM0 raisedGoal: RM500 |
Gua Musang - Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Itulah hakikat yang terpaksa dihadapi seorang lelaki berusia 27 tahun, ...
Urus anak OKU lumpuh, ibu tunggal harap bantuan kerusi roda

Gua Musang - Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Itulah hakikat yang terpaksa dihadapi seorang lelaki berusia 27 tahun, namun berat badan hanya 20 kilogram.
Lelaki berkenaan lumpuh sejak diserang penyakit demam panas ketika usianya sebulan.
Akibat penyakit itu juga, Mohamad Saifulhafizal Mohd Yaki yang tinggal di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap B, Gua Musang, Kelantan tidak boleh bercakap dan badannya lumpuh.
Kecacatan itu menyebabkan dia hanya hidup terlantar apabila segala keperluan termasuk makan dan minum dijaga sepenuh masa oleh ibunya.
Menurut ibunya, Sharifah Che Mat, 53 tahun, dia terpaksa mendukung Mohamad Saifulhafizal setiap kali ke bilik air.
Katanya, dia tidak mampu membeli kerusi roda khas untuk anaknya bagi tujuan ke bilik air.
“Orang lain takut nak angkat. Kakak dia yang datang pun jarang sekali dan takut nak angkat. Takut patah. Saya dah biasa. Kadang-kadang terlepas juga kat bilik air tu masa mandikan dia.
“Dia pun tak boleh bercakap. Kita tanya, kalau dia nak makan, dia suka dia makanlah. Kalau senyap tu (maksudnya) tak naklah,” ujar Sharifah.
Kata Sharifah lagi, suaminya meninggal dunia sejak enam tahun lalu dan sejak itu dia dan lima anak hanya bergantung kepada duit sara hidup sebagai peneroka Kesedar sebanyak RM1,000 sebulan.
Orang ramai yang ingin menghulur bantuan kerusi roda khas itu boleh menghubungi Sharifah Che Mat di talian berikut:
![]() |
013-9469001 |
Progress:
|
RM0 raisedGoal: RM5000 |
Gua Musang - Setiap insan mempunyai kisah suka dukanya tersendiri. Walaupun menghidap penyakit tiroid sejak 19 tahun lalu namun seorang ...
Hulurkan bantuan untuk keluarga daif ini hidap pelbagai penyakit

Gua Musang - Setiap insan mempunyai kisah suka dukanya tersendiri. Walaupun menghidap penyakit tiroid sejak 19 tahun lalu namun seorang ibu tetap tabah menjaga tiga anaknya yang menderita penyakit leukemia dan tulang lembut.
Keadaan itu bukan beban buat ibu sembilan anak, Cik Laily Che Musa, 42, dari Kampung Batu Papan, Gua Musang, untuk menjaga mereka yang kerap kali menerima rawatan di hospital.
Cik Laily berkata, anaknya Mohd Nor Firdaus Mohd Amin, 16, dan Mohd Amin Ruallah, 8, menghidap leukemia, manakala Mohd Adam Arif, 10, pula mempunyai masalah tulang lembut.
Mereka kerap mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan perlu perhatian sepenuhnya.
Untuk itu Cik Laily berkata, dia dibantu suami, Mohd Amin Ali, 48, yang bekerja di kedai getah sekerap bagi menampung kehidupan.
“Setiap kali anak-anak masuk wad, ia mengambil masa lama dan pernah sebelum ini, suami menjaga mereka di HUSM hampir sebulan hingga hilang pendapatan RM800 sebulan.
“Pada masa itu, kami terpaksa berhutang dengan majikan suami untuk menampung perbelanjaan keluarga,” katanya di rumahnya di Gua Musang, hari ini.
Menurutnya, Mohd Nor Firdaus mula dikesan menghidap leukemia ketika berusia tiga tahun, manakala Mohd Amin Ruallah pula pada usia empat tahun.
Katanya, Mohd Adam Arif mengalami masalah tulang lembut ketika berusia tiga tahun dan dua betisnya menjadi bengkok.
“Kedua-dua anak yang menghidap leukemia itu mudah letih dan jika berlaku keadaan sedemikian kami segera membawa mereka ke HUSM.
“Kami buntu memikirkan soal perbelanjaan kerana Mohd Amin Ruallah dan Adam Arif perlu diberi susu tiga hingga empat kali sehari serta masih menanggung empat anak yang bersekolah,” katanya.
Katanya, tiga anaknya itu masih bersekolah, namun kerap tidak hadir kerana cepat letih dan tidak boleh berjalan.
Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Cik Laily Che Musa:
Gua Musang - Seorang pasangan suami isteri memikirkan nasib keluarga mereka apabila anak mereka hanya menderita penyakit jantung dan kini...
Suami isteri pohon bantuan anak lelaki menderita sakit jantung

Gua Musang - Seorang pasangan suami isteri memikirkan nasib keluarga mereka apabila anak mereka hanya menderita penyakit jantung dan kini tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.
Siti Norlinda Saimin, 32, dari RTP Kesedar Sungai Asap berkata anak perempuannya, Putri Nur Awatif Haziqah Md Roslan, berusia 9 bulan diserang oleh sawan pada 5 Oktober.
Beliau berkata anaknya sebelum ini didiagnosis dengan penyakit jantung sejak lahir tetapi kini sakitnya semakin bertambah selepas ia telah mengesahkan bahawa kepalanya terdapat darah beku.
"Kesihatan anak saya telah terjejas sejak awal tahun ini dan saya tidak menghantarnya ke sekolah. Sebelum itu, beliau menghadiri SK Renok Baru di Gua Musang.
"Pada hari Sabtu minggu lalu, dia mengadu sakit kepala dan kemudian muntah beberapa kali. Pada 2 pagi, dia mendapat sawan, saya terus membawanya ke Hospital Gua Musang.
"Dari HGM, dia segera dibawa ke Hospital Kuala Krai dan dibawa ke HUSM pada hari yang sama. Pembedahan itu berterusan pada 7 Oktober dan dia masih tidak sedarkan diri," katanya.
Norlinda menambah bahawa dia dan suaminya, Md Roslan Said, 41, telah berada di hospital sejak minggu lalu dan dengan penuh harapan menanti anak tunggal mereka untuk sembuh.
"Saya seorang suri rumah manakala suaminya bekerja sebagai pemandu trak. Suaminya hanya mendapat RM1,000 sebulan dan kini dia tiada punca pendapatan.
"Saya hanya bergantung pada pendapatan suami saya dan saya tidak mendapat bantuan daripada orang lain. Pada usia lima tahun, anak saya menerima bantuan JKM sebanyak RM150 sebulan.
"Bagaimanapun, bantuan itu hanya berlangsung selama dua tahun, ketika anak berusia tujuh tahun, bantuan itu dihentikan tanpa sebab," katanya.
Sesiapa yang boleh membantu, derma boleh diarahkan ke akaun bank berikut atas nama Siti Norlinda Saimin:
Gua Musang - Seorang ibu tunggal dengan dua kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan di RPT Kesedar, Limau Kasturi di sini telah menjadik...
Kedaifan hidup ibu tunggal terpaksa menyewa dapur kerana kesempitan

Gua Musang - Seorang ibu tunggal dengan dua kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan di RPT Kesedar, Limau Kasturi di sini telah menjadikan dapur lama menjadi tempat perlindungan sejak enam tahun yang lalu.
Noraini Mamat, 47, dan dua anak perempuannya terpaksa tinggal di dapur berkenaan dengan kadar sewa RM50 sebulan selepas suaminya meninggal dunia lima tahun lalu.
Noraini berkata beliau tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa meneruskan hidup dengan tinggal di dapur sempit dan papan dinding reput.
"Kami terpaksa menyewa bahagian rumah ini selepas suami meninggal dunia akibat strok dan lelah.
"Saya tidak mampu untuk menyewa lebih daripada RM100 kerana hanya mengambil upah menoreh getah," katanya di sini hari ini.
Menurut Noraini, dia berasal dari Kampung Semerak, Pasir Puteh bersama suaminya yang telah berpindah ke kampung itu selama 13 tahun yang lalu.
Beliau berkata suaminya sempat membina sebuah bangsal di pinggir sungai sebagai tempat perlindungan dan memudahkan pekerjaan menoreh getah.
"Selepas kematian suaminya, banjir besar berlaku pada bulan Disember 2014 menyebabkan bangsal itu runtuh.
"Sejak itu, ketiga-tiga kanak-kanak itu kehilangan tempat untuk bergantung dan terpaksa menyewa dapur," katanya, dengan pendapatan kira-kira RM300 sebulan.
Menurut Noraini, anak perempuannya yang berusia 7 tahun dan 11 tahun yang pergi ke sekolah di Limau Kasturi 2 menerima RM200 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Walau bagaimanapun, beliau berkata bantuan itu hanya untuk perbelanjaan kedua-dua kanak-kanak itu.
Orang ramai yang ingin meringankan beban keluarga ini boleh menderma kepada nombor akaun bank berikut atas nama Noraini Mamat atau hubungi beliau:
![]() |
01125039404 |
Progress:
|
RM0 raisedGoal: RM500 |
Gua Musang - Di saat teman lain melanjutkan pelajaran ke menara gading dan memulakan kerjaya, kerana kasih dan tanggungjawab seorang gadi...
Gadis terpaksa lupakan impian bergelar guru untuk jaga ibu sakit

Gua Musang - Di saat teman lain melanjutkan pelajaran ke menara gading dan memulakan kerjaya, kerana kasih dan tanggungjawab seorang gadis mengambil keputusan mengabaikan segalanya untuk menjaga ibu yang sakit saraf otak.
Nor Syuhadah Aziz, 23, terpaksa menguburkan impian kerjaya untuk bergelar seorang guru demi menjaga dan menguruskan ibunya Noraini Ismail, 54, yang sakit saraf otak sejak enam tahun lalu.
Nor Syuhadah yang tinggal di Kampung Limau Kasturi 2, di sini, terpaksa menolak dua tawaran untuk melanjutkan pelajaran di universiti awam.
Menurut Nor Syuhadah, dia telah menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran di UPSI, Tanjung Malim, Perak yang diterima pada tahun 2015 dan UIAM Kuala Lumpur pada tahun 2017.
Katanya, dia tidak sanggup berpisah dan meninggalkan ibunya keseorangan di rumah kerana kebanyakan adik-beradik lain sudah mempunyai komitmen keluarga dan kerja di Kuala Lumpur.
“Saya tidak sanggup melepaskan tanggungjawab menjaga emak kepada ayah, Aziz Abdullah, 58, kerana dia juga sudah berusia dan mencari nafkah menoreh getah.
“Bagaimanapun, enam adik-beradik lain yang tinggal di luar Kelantan juga memberi sokongan apabila pulang setiap hari minggu atau cuti untuk melihat keadaan emak,” katanya yang merupakan anak kelapan daripada sembilan beradik ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Nor Syuhadah yang tamat pengajian tingkatan enam SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai pada tahun 2015 berkata, dia juga tidak pernah menyesal mengambil keputusan itu.
Katanya, pengorbanan masa untuk menjaga ibu itu lebih besar dan ingin membalas jasa membesarkan dirinya.
“Saya tidak sesal dan menganggap bukan rezeki untuk bergelar guru walaupun melihat kebanyakan rakan sudah menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan.
“Buat masa sekarang juga saya tak terfikir untuk sambung pengajian kerana mahu fokus kepada emak dulu. Doktor cakap emak dah tak ada harapan untuk pulih dan selagi termampu akan jaga pakai makan dan minumnya,” katanya.
Menceritakan keadaan ibunya, Nor Syuhadah berkata, lima tahun lalu ibunya yang pernah menghidap penyakit skizofrenia juga pernah bertindak agresif untuk terjun bangunan ketika tinggal di rumah flat kakaknya di Kuala Lumpur.
Katanya, selepas kejadian itu ibunya juga terpaksa melakukan rawatan termasuklah rawatan psikiatri sehingga berat badannya seberat 70 kg susut sehingga 35 kg kini. Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh berbuat demikian.
Follow Us
”Jika kalian menampakkan sedekah maka hal itu baik sekali. Dan jika kalian menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir maka hal itu lebih baik bagi kalian…” (QS: Al-Baqarah [2]: 271)