Urus anak OKU lumpuh, ibu tunggal harap bantuan kerusi roda - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Gua Musang -  Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Itulah hakikat yang terpaksa dihadapi seorang lelaki berusia 27 tahun, ...

Urus anak OKU lumpuh, ibu tunggal harap bantuan kerusi roda


Gua Musang -  Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Itulah hakikat yang terpaksa dihadapi seorang lelaki berusia 27 tahun, namun berat badan hanya 20 kilogram.

Lelaki berkenaan lumpuh sejak diserang penyakit demam panas ketika usianya sebulan.

Akibat penyakit itu juga, Mohamad Saifulhafizal Mohd Yaki yang tinggal di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap B, Gua Musang, Kelantan tidak boleh bercakap dan badannya lumpuh.

Kecacatan itu menyebabkan dia hanya hidup terlantar apabila segala keperluan termasuk makan dan minum dijaga sepenuh masa oleh ibunya.

Menurut ibunya, Sharifah Che Mat, 53 tahun, dia terpaksa mendukung Mohamad Saifulhafizal setiap kali ke bilik air.

Katanya, dia tidak mampu membeli kerusi roda khas untuk anaknya bagi tujuan ke bilik air.

“Orang lain takut nak angkat. Kakak dia yang datang pun jarang sekali dan takut nak angkat. Takut patah. Saya dah biasa. Kadang-kadang terlepas juga kat bilik air tu masa mandikan dia.

“Dia pun tak boleh bercakap. Kita tanya, kalau dia nak makan, dia suka dia makanlah. Kalau senyap tu (maksudnya) tak naklah,” ujar Sharifah.

Kata Sharifah lagi, suaminya meninggal dunia sejak enam tahun lalu dan sejak itu dia dan lima anak hanya bergantung kepada duit sara hidup sebagai peneroka Kesedar sebanyak RM1,000 sebulan.

Orang ramai yang ingin menghulur bantuan kerusi roda khas itu boleh menghubungi Sharifah Che Mat di talian berikut:

013-9469001
Progress:

RM0 raised

Goal: RM5000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini