
Shahrul Asyraf Sharuddin, 31, sebelumnya bekerja di sebuah restoran makanan segera sementara isterinya, Syamimi Athirah, 28, bekerja di sebuah kilang di Batu Kawan, Pulau Pinang.
Kedua-duanya bersetuju untuk berhenti kerja kira-kira sebulan yang lalu kerana perlunya menjaga anak mereka, Safiyya Aisyah Shahrul Asyraf, 4, yang terpaksa berulang-alik ke Hospital Pulau Pinang tiga kali sebulan untuk rawatan kemoterapi.
Selain itu, Safiyya Aisyah terpaksa menjalani ujian darah dua kali sehari di klinik berdekatan dan kerana itu mereka terpaksa berhenti bekerja.
Mereka kini hanya bergantung pada pendapatan berniaga kuih dan nasi lemak di Pasar Awam Bagan Serai untuk menampung kehidupan dan rawatan satu-satunya anak mereka.
Shahrul Asyraf berkata, anaknya didiagnosis menghidap barah pada usia tiga tahun dan menjalani pembedahan membuang tumor di paha kanannya.
![]() |
Sarkoma adalah barah yang bermula pada tulang, otot, tisu penghubung, saluran darah atau lemak, dan boleh dijumpai di mana sahaja di dalam badan. Secara umum, terdapat dua jenis sarkoma: sarkoma tisu lembut dan sarkoma tulang dengan lebih daripada 50 jenis yang berbeza. |
"Kerana waktu kerja yang terhad selain daripada mengambil darah dua kali sehari, saya dan isteri bersetuju untuk berhenti kerja untuk menjaganya.
"Pada masa ini, saya hanya menjual kuih dan nasi lemak di Pasar Awam Bagan Serai dengan pendapatan bersih purata RM50 sehari untuk menampung perbelanjaan harian, kos rawatan termasuk lampin pakai buang dan susu khas," katanya.
Orang ramai yang ingin menolong keluarga ini boleh menderma terus ke akaun bank beirkut atas nama Shahrul Asyraf atau hubungi:
![]() |
013-9028029 |
Progress:
|
Goal: RM3000 |
0 comments: