Ibu tunggal rayu sumbangan, anak berusia 18 tahun terlantar sakit - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Machang - Seorang ibu tunggal dari Kampung Tanah Merah Lama di sini, merayu bantuan orang ramai untuk menguruskan keperluan anak bongsu...

Ibu tunggal rayu sumbangan, anak berusia 18 tahun terlantar sakit



Machang - Seorang ibu tunggal dari Kampung Tanah Merah Lama di sini, merayu bantuan orang ramai untuk menguruskan keperluan anak bongsunya yang terlantar selepas mengalami jangkitan kuman pada otak ketika berusia sembilan bulan.

Siti Zubaidah Mohd Ali, 56, berkata, anaknya, Nur Athirah Najihah Ibrahim, 18, amat memerlukan katil laras rendah memandangkan pada masa ini dia hanya terbaring di atas lantai.

“Dia dilahirkan tidak cukup bulan dan ditempatkan di unit rawatan rapi kanak-kanak Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian selama dua bulan sebelum dibenarkan keluar.

Bagaimanapun dia terkena demam panas selama seminggu,” kata ibu empat anak berusia 18 hingga 34 tahun itu ketika ditemui di rumah sewanya di sini.

Menurutnya, Nur Athirah kemudian disahkan terkena jangkitan kuman menyebabkan sebahagian otak sebelah kiri terpaksa dibuang pada awal 2003.

Menurut wanita itu, ujian terhadap keluarganya bertambah berat selepas dia terpaksa berhenti berniaga sejak dua tahun lepas susulan penyakit kencing manis, darah rendah serta sakit saraf yang dihidapinya dan dia kini bergantung pada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM350 sebulan.

Siti Zubaidah berkata, tiga lagi anaknya turut menghidap penyakit kronik termasuk kanser usus dan buah pinggang.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun bank berikut atas nama Siti Zubaidah Mohd Ali atau menghubunginya:

017-9645289
Progress:

RM390 raised

Goal: RM3000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini