Bantu keluarga graduan terlantar akibat strok sejak April lalu, perlu rawatan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Pendang - Seorang graduan Politeknik Ipoh yang dahulunya ceria dan aktif kini hanya terlantar akibat diserang strok sejak April lalu. ...

Bantu keluarga graduan terlantar akibat strok sejak April lalu, perlu rawatan



Pendang - Seorang graduan Politeknik Ipoh yang dahulunya ceria dan aktif kini hanya terlantar akibat diserang strok sejak April lalu.

Nur Atiqah Noor Azman, 23, terpaksa dijaga seperti bayi selepas tidak lagi mampu bergerak apabila sedar daripada koma hujung April lalu.

Ibunya, Latifah Abdul Razak, 49, berkata, penyakit Nur Atiqah mula dikesan pada Jun tahun lalu selepas mulutnya menjadi herot secara tiba-tiba.

"Dia kemudian menjalani Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik di Hospital Sultanah Bahiyah dan doktor mendapati terdapat tompok-tompok darah beku di belakang kepalanya.

"Nur Atiqah diberikan ubat cair darah dan perlu menjalani rawatan susulan di hospital hampir setiap minggu.

Pada 9 April lalu dia tidak sedarkan diri dan menjalani rawatan membuang darah cair dan tempurung kepala kiri yang kini disimpan dalam perut untuk sementara waktu," katanya yang tinggal di Kampung Asam Jawa, Padang Pusing.

Bercerita lanjut, ibu kepada lima anak itu berkata, setiap hari menjadi rutin dia dan suami Noor Azman Ramli, 50, untuk memberi anak sulung mereka minum susu dan mandi serta bergilir-gilir menunggu untuk membuang kahak setiap kali Nur Atiqah batuk.

Katanya, Nur Atiqah atau lebih mesra dipanggil kakak sepatutnya sudah bekerja selepas menjadi graduan Politeknik Engku Omar, Ipoh Perak dalam jurusan Diploma Teknologi Maklumat.

"Sekarang semuanya berubah, kakak bergantung kepada susu khas dan diberi minum melalui tiub, saya dan suami bergilir berjaga malam untuk pastikan kahaknya dapat disedut setiap kali dia batuk, jika kami leka, ia boleh membahayakan nyawanya.

"Setiap bulan hampir RM900 diperlukan untuk membeli susu khas kakak, selain itu kami juga perlu sediakan lampin pakai buang dan peralatan lain termasuk air khas untuk mencuci kahaknya dengan jumlah keseluruhan RM600.

"Suami saya menoreh getah dengan pendapatan RM400 sebulan, dia terpaksa buat banyak kerja termasuk mengambil upah memotong rumput, menyembur racun di sawah bagi memastikan keperluan kakak cukup," katanya.

Bagaimanapun Latifah merasa sedikit lega apabila mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Bagi orang ramai yang mahu membantu keluarga ini boleh salurkan sumbangan melalui akaun bank berikut atas nama Latifah Abdul Razak atau menghubunginya:

019-4079829
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1500



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini