Anak hidap kecacatan lahir kronik Cloacal Exstrophy, bapa pohon bantuan - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Kuala Lumpur - Syafrullah Aqil Mohamad Hairul Nizam, 4 tahun dilahirkan tanpa dubur atau Cloacal Exstrophy iaitu ketiadaan tempat pembua...

Anak hidap kecacatan lahir kronik Cloacal Exstrophy, bapa pohon bantuan


Kuala Lumpur - Syafrullah Aqil Mohamad Hairul Nizam, 4 tahun dilahirkan tanpa dubur atau Cloacal Exstrophy iaitu ketiadaan tempat pembuangan air besar yang sempurna dan pelbagai masalah kesihatan lain dari pusat ke bawah.

Aqil yang tidak mempunyai alat sulit sempurna sejak dilahirkan menyebabkan anak kecil ini terpaksa menggunakan bag stoma yang dilekatkan pada lubang ditebuk di bahagian badan untuk memudahkannya membuang najis. Selain itu, Aqil yang berstatus orang kurang upaya terpaksa memakai lampin pakai buang dengan saiz lebih besar daripada sepatutnya dan dipakaikan kasut khas bagi menyokong pergerakannya yang tidak stabil disebabkan masalah kaki kanan terpelecok semasa di dalam rahim lagi.

Berkongsi kisah di sebalik penderitaan Aqil yang merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik, Mohamad Hairul Nizam Ab Rahman, 41 bapa Aqil berkata doktor tidak mengesan sebarang masalah dan komplikasi sewaktu Aqil di dalam kandungan isterinya, Mardiana Supartak, 39. Katanya, perkara itu hanya diketahui sebaik Aqil dilahirkan dan mereka reda walaupun agak berat menerima kenyataan itu. 

“Saya dan isteri tidak menjangkakan Aqil dilahirkan begini kerana sewaktu pemeriksaan kandungan, doktor memberitahu bayi dalam keadaan normal. “Pada mulanya kami memang sedih, tetapi cuba menerima hakikat selepas memikirkan amanah dan tanggungjawab untuk membesarkan Aqil. 

“Kami perlu akur apabila doktor memberitahu tumbesaran Aqil tidak sama dengan kanak-kanak seusia dan perlu menjalani sekurang-kurangnya 16 kali pembedahan sehingga dewasa selain bergantung dengan penggunaan beg stoma serta lampin pakai buang seumur hidupnya,” katanya di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Hiliran Ampang, Kuala Lumpur.

Mohamad Hairul Nizam berkata, sejak dilahirkan, Aqil pernah menjalani tiga pembedahan dan ditahan di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur selama enam bulan bagi tujuan rawatan serta pemantauan. Katanya, kesempatan menjaga Aqil di ICU itu digunakan untuk mempelajari kaedah penjagaan betul daripada doktor dan jururawat termasuk cara menukar ganti bag stoma. 

“Saya dan isteri memang tiada asas penjagaan kanak-kanak berpenyakit kronik kerana tiada pengalaman sebegitu sewaktu membesarkan tiga anak lain. “Namun, doktor dan jururawat banyak membantu malah saya belajar dengan memerhatikan cara mereka melakukannya sewaktu di wad. 

“Mulanya memang agak kekok untuk mempraktikkannya di rumah, tetapi lama-kelamaan sudah biasa dan kini, anak sulung saya turut membantu menukar beg stoma Aqil sekiranya sudah penuh atau sudah tiba masa untuk diganti dengan yang baru,” katanya.

Mohamad Hairul Nizam berkata, buat masa ini, dia tidak mampu membelikan susu formula khas seperti disyorkan doktor kerana tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap. Menurutnya, dia hanya hanya mampu memberi vitamin kepada Aqil untuk meningkatkan ketahanan antibodinya supaya tidak mudah demam dan selsema yang meningkatkan risiko jangkitan kuman. Katanya, dia pernah pernah bekerja di dekat kilang elektronik di Hulu Klang, tetapi berhenti lima tahun lalu kerana mahu menceburi perniagaan sate. 

“Namun, perniagaan hanya bertahan setahun saja iaitu dari 2015 hingga 2016 sebelum mengambil keputusan berhenti kerana pekerjaan itu membuatkan saya terdedah kepada kuman sewaktu membeli barangan keperluan di pasar. “Jadi, saya risaukan Aqil terkena jangkitan kerana pada waktu itu, dia kerap keluar masuk hospital akibat batuk serta selsema yang berlarutan selama tiga bulan. 

“Sejak itu, saya menjaga Aqil sepenuh masa di rumah di samping membantu adik berniaga makan dan minuman dan menjadi penghantar rempah untuk perniagaan ayah dengan pendapatan RM50 sehari. Manakala isteri bekerja sebagai kerani di syarikat pelancongan swasta,” katanya.

Jauh di sudut hati, Hairul dan isteri sentiasa berdoa dan berharap ada peluang untuk anaknya membesar dengan sempurna seperti kanak-kanak lain. Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang ke akaun bank berikut atas nama Mohamad Hairul Nizam Ab Rahman:

012-2924629
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini