Ibu hidap kanser payudara koma selepas pembedahan selamatkan bayi - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kota Bharu - Seorang ibu muda koma selepas menjalani pembedahan menyelamatkan bayi dalam kandungan yang berusia lapan bulan apabila disa...

Ibu hidap kanser payudara koma selepas pembedahan selamatkan bayi


Kota Bharu - Seorang ibu muda koma selepas menjalani pembedahan menyelamatkan bayi dalam kandungan yang berusia lapan bulan apabila disahkan kanser payudara tahap empat.

Suaminya, Muhammad Hairi Ramli, 27, berkata, beliau hanya mampu menangis setiap kali menjenguk isteri, Noor Athirah Mohd Ariff, 24, yang sedang menjalani rawatan di Wad Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II.

"Saya terkenangkan rintihan dan kesakitan isteri sebelum dia koma. Kalau ikutkan tarikh, isteri akan melahirkan anak dalam tempoh sebulan lagi namun 10 terakhir Ramadan lalu Noor Athirah mulai lemah dan sering mengadu kesakitan."

"Tidak tahan melihat penderitaan itu saya terus memujuk dan membawanya ke hospital sebelum Aidilfitri untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Terdahulu, kisah Muhammad Hairi dan isterinya tular di Facebook dan keperitan yang dialami oleh pasangan berkenaan menyentuh hati warganet.

Menurutnya, ketika melahirkan anak sulung, Muhammad Hairil Hafsya, 2, ketulan kanser sudah ada, namun ikhtiar menerusi perubatan tradisional ketulan itu hilang.

Bagaimanapun katanya, kanser itu kembali menyerang apabila isterinya mengandung anak kedua, Muhammad Aidil Fitri dan pada malam hari raya Aidilfitri.

"Doktor menasihatkan Noor Athirah menjalani pembedahan untuk menyelamatkan anak dalam kandungan tetapi sejak itu Noor Athirah bergantung sepenuhnya kepada bekalan oksigen untuk meneruskan hidup.

"Isteri turut diuji apabila terdapat ketulan darah beku di dalam perut. Sungguhpun ujian ini amat berat namun saya tetap bersyukur kerana keluarga memberikan sokongan penuh. Buat masa ini kedua-dua anak kami dijaga oleh ibu saya, Azimah Harun," katanya.

Muhammad Hairi yang menyewa rumah di Kampung Limbat, Pasir Tumbuh di sini mengakui mengalami masalah kewangan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu.

Katanya, sejak itu dia banyak berehat apabila tidak dapat keluar bekerja sebagai pembantu kedai di Pasar Borong Wakaf Che Yeh selain terpaksa menjaga isteri yang sakit.

"Sejujurnya saya memerlukan sedikit sumbangan untuk membiayai kos rawatan dan pembedahan isteri yang dianggarkan mencecah puluhan ribu ringgit," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan ke akaun bank berikut atas nama Noor Athirah Mohd Ariff:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini