Derita ibu tunggal warga emas hidap kanser hidung, takut ke hospital - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kota Bharu - Ibarat pepatah kasih ibu membawa ke syurga, kasih anak sepanjang masa. Seorang warga emas yang juga ibu tunggal dari Kampun...

Derita ibu tunggal warga emas hidap kanser hidung, takut ke hospital


Kota Bharu - Ibarat pepatah kasih ibu membawa ke syurga, kasih anak sepanjang masa. Seorang warga emas yang juga ibu tunggal dari Kampung Paya Rambai di sini, hanya terlantar dan tidak mampu menguruskan diri, selepas menderita penyakit kanser hidung sejak Februari lalu ditambah dengan kekangan akibat pandemik Covid-19.

Akibat penyakit yang dideritai itu menyebabkan Eshah Yaacob, 72, lumpuh bahagian kanan badan dan hanya terbaring lesu di atas katil, selain merengek seperti anak kecil apabila memerlukan sesuatu atau berasa sakit.

Menceritakan keadaan ibunya, Darwani Muhamad, 43, berkata, pada awalnya, hanya terdapat ketulan kecil sebesar biji kacang di rongga hidung kanan ibunya dan menganggap ketulan biasa kerana sebelum ini ibunya menghidap penyakit resdung.

"Bagaimanapun, hari ke hari, saya melihat ketulan itu semakin membesar sehingga menutup sepenuhnya rongga hidung kanan dan pada masa sama menyebabkan lelangit ibu berlubang disebabkan ketumbuhan itu, selain pertuturannya juga kurang jelas.

"Disebabkan keadaan lelangitnya yang berlubang, ibu tidak boleh menyedut masuk minuman ke dalam mulutnya. Kami terpaksa memberinya minum menggunakan picagari, selain perlu menyuapkan makanan lembut seperti roti," katanya di rumahnya di Kampung Paya Rambai.

Darwani berkata, selepas mendapati ketumbuhan di rongga hidung kanan ibunya semakin membesar, dia membawa ibunya itu mendapatkan rawatan di klinik dan doktor menyarankan agar dirujuk ke hospital.

"Namun disebabkan perasaan takut yang agak melampau menyebabkan ibu tidak mahu kami membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi mengubati penyakitnya itu dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan kampung.

"Saya dan adik beradik yang lain sudah beberapa kali memujuknya supaya mendapatkan rawatan di hospital kerana bimbang keadaannya menjadi semakin parah. Namun, ibu tetap dengan pendiriannya kerana perasaan takut apabila diberitahu oleh doktor mengenai prosedur untuk rawatan bagi pesakit kanser.

"Tiga puluh tahun lalu, arwah ayah, Mohammaf Jaafar meninggalkan kami disebabkan penyakit kanser hati dan kini ibu pula menderita penyakit kanser hidung. Saya dan adik beradik yang lain serta cucu-cucunya sentiasa memberikan kata-kata semangat supaya dia kuat untuk melawan penyakitnya itu" katanya.

Katanya, setiap bulan dia perlu memperuntuk sekurang-kurangnya RM500 sebulan untuk membeli keperluan ibunya, termasuk lampin pakai buang, susu khas yang berharga RM160 setin, selain kos ubat-ubatan.

"Saya dan adik beradik yang lain bukan dalam kalangan orang senang. Namun, mujurlah ibu mendapat bantuan bulanan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sebanyak RM400 sebulan yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban boleh salurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Darwani Muhamad atau hubunginya di talian berikut:

011-25468242
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini