Pesakit kanser dambakan keprihatinan penderma yang bermurah hati - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Maran - Bagai jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib seorang pesakit kanser sarcoma, Azhar Mohd Yassin, 45, yang berharap keprihatinan o...

Pesakit kanser dambakan keprihatinan penderma yang bermurah hati



Maran - Bagai jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib seorang pesakit kanser sarcoma, Azhar Mohd Yassin, 45, yang berharap keprihatinan orang ramai untuk menghulur bantuan atas penderitaan sedang dialaminya tersebut.

Selepas kaki kanan Azhar dipotong beberapa tahun lalu, keadaan kesihatannya kini semakin kritikal di mana kaki kirinya sedang mengalami simptom sama yang memungkinkan juga dipotong dalam tempoh terdekat.

Menurut Sufian, pembengkakan di paha kiri akibat sakit sama dikenali sebagai ‘soft tissue sarcoma’ yang menjadi penyebab ia kehilangan kaki kanan November 2007 dahulu dan kini mula merebak ke organ-organ penting tubuh.

Akibat penyakit itu juga Azhar yang sebelum ini mengusahakan perniagaan memperbaiki komputer di lot niaga Majlis Daerah Maran terpaksa berhenti akibat kehilangan upaya untuk bekerja.

Azhar yang baharu sahaja ditahan di wad Hospital Kubang Krian, Kelantan tinggal bersama isteri yang merupakan saudara baru dan mempunyai seorang anak berusia 10 tahun dan menetap di Kampung Luit, di sini.

Sehubungan itu warga yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Tabung Cakna Rakyat DUN Luit atau hubungi Razali:

019-9511131
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini