
Nur Salsabila Abdul Malik lahir dalam keadaan normal namun kelopak garam yang timbul di seluruh tubuhnya selepas Hari Raya Aidiladha tahun lalu mengubah rutin harian hidupnya.
Ibunya, Nur Fatin Izani Mohd Izani, 23, berkata, penyakit kulit yang dihidapi anak keempat daripada lima beradik itu kini berada di tahap keenam dan perlu diberikan perhatian sepenuhnya.
Menurutnya, anaknya akan merengek menahan kesakitan setiap kali disapu krim dan ubat.
"Anak saya menghidap penyakit ini sejak hari raya haji lalu, ketika itu timbul macam kelopak garam di seluruh badannya. Kami bawa ke klinik pakar kulit swasta di Pokok Sena dan dikenakan bayaran sekitar RM180.
"Bila guna ubat klinik swasta itu nampak jadi elok dan kering tapi kami tidak mampu dan hanya pergi dua kali sahaja, kemudian kami rujuk pakar di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pula.
"Suami (Abdul Malik Mansor, 38) hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah dengan gaji sekitar RM1,100. Kami tidak mampu untuk berjumpa dengan pakar kulit swasta untuk merawat Nur Salsabila setiap bulan. Lagipun tiga lagi anak kami masih bersekolah," katanya.
Nur Fatin Izani berkata, keadaan anaknya itu bertambah teruk pada bulan lalu sehingga pakar di HSB meminta Nur Salsabila memakai pakaian khas yang dibekalkan pihaknya bagi mengawal penyakitnya.
"Kali ini naik di muka macam biji-biji nanah, di lutut dan di siku. Jadi gatal-gatal, bila garu makin lama makin banyak. Dia garu sampai berdarah," katanya.
Katanya, bagi mengelakkan keadaan menjadi teruk, dia tidak membenarkan anaknya bermain di luar rumah sejak awal tahun lalu.
"Mujur dia seorang kanak-kanak yang aktif dan doktor tidak tahan di wad. Namun kami perlu rujuk di HSB setiap dua minggu kerana pakar mahu lihat perkembangan penyakitnya dari semasa ke semasa," katanya.
Bagi mereka yang mahu membantu adik Nur Salsabila boleh menyumbang terus melalui akaun bank berikut atas nama Nur Fatin Izani atau hubunginya untuk sebarang pertanyaan:
![]() |
011-64479291 |
Progress:
|
Goal: RM500 |
0 comments: