Kanak-kanak lelaki leher lembut perlu kerusi khas bernilai RM10,000 - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kota Bharu - Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hanya mampu terlantar selepas disahkan lumpuh akibat mengalami demam panas ketika ber...

Kanak-kanak lelaki leher lembut perlu kerusi khas bernilai RM10,000


Kota Bharu - Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hanya mampu terlantar selepas disahkan lumpuh akibat mengalami demam panas ketika berusia 10 bulan.

Akibatnya, badan Mohamad Shahril Arsyad Mohd Rosbaidi, menjadi kejang serta disahkan menghidap penyakit saraf atau Acute Necrotising Encephalopathy Of Childhood (ANEC).

Ibunya, Sareha Ismail, 46, berkata, anak bongsu daripada lima beradik itu dilahirkan normal, namun kini anaknya terlantar dan tidak boleh bertutur seperti kanak-kanak lain, selain kerap diserang sawan.

“Saya perlu memberi sepenuh perhatian kepada anak kerana dia seperti bayi, dia hanya boleh disuap makanan lembut seperti nasi air dan bubur.

“Sementara lehernya perlu ditampung ketika diberi susu bagi mengelakkan tersedak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh, Badang, Jalan PCB, Kota Bharu, hari ini.

Sareha berkata, sebagai ibu dia sentiasa berharap anaknya dapat berjalan.

Sehubungan itu, dia memohon bantuan untuk membeli kerusi roda khas bagi sokongan leher yang disyorkan oleh doktor bernilai RM10,000.

“Kerusi roda itu akan diubahsuai untuk menyokong kepala, bahagian leher dan tulang belakang anak yang tidak boleh ditegakkan.

“Kami memerlukan kerusi roda khas untuk membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya.

Suri rumah itu berkata, setiap bulan dia perlu memperuntukkan kos RM1,000 untuk membeli lampin pakai buang, susu khas dan kos ulang-alik ke HRPZ II untuk fisioterapi.

Katanya, dia bersyukur kerana mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM350 sebulan di samping pendapatan suaminya, Mohd Rosbaidi Mohamad Nor, 48, yang bekerja sebagai buruh RM1,000 sebulan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkannya ke akaun bank berikut atas nama Mohd Rosbaidi Mohamad Nor atau hubunginya:

013-9263446
Progress:

RM0 raised

Goal: RM10000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini