Kuala Lumpur - Membesarkan anak-anak bukan semudah yang disangka. Ada dugaan yang sentiasa menanti tidak kira sehebat manapun kita cuba untuk mengelaknya.
Setiap ibu bapa pasti akan cuba melakukan yang terbaik buat anak-anaknya walaupun perlu berkorban apa sahaja.
Situasi ini sedang dilalui oleh Tuan Rafa Azlan yang tabah menjaga anak kecilnya yang disahkan menghidap Biliary Atresia atau penyakit hati kronik sejak berusia dua bulan lagi dan memohon bantuan orang ramai untuk memberikan sumbangan seikhlas hati bagi menampung kos pembedahan anaknya berjumlah RM160 ribu.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Tuan Nur Raisha Mikayla Binti Tuan Muhammad Shahrul Azlan telah
dilahirkan pada 4 Jun 2019 dan disahkan menghidap Biliary Atresia iaitu
penyakit hati kronik/ kegagalan fungsi hati semasa berumur 2 bulan dan
telah menjalani pembedahan Kasai pada usia 79 hari untuk membuang
hempedu serta menyambung usus kecil kepada hati.
Selepas pembedahan tersebut, beliau telah dimasukkan ke wad untuk proses pemulihan pada 08/12/19 doktor declare pembendahan Kasai tersebut tidak berjaya dan perlu di hantar ke PPUM pada 06/01/20 untuk proses pemindahan hati dan sekarang dalam proses workup transplant untuk pembedahan tersebut.
Insya Allah, ibu Raisha Mikayla sendiri iaitu Siti Nur Amira Bt Ibrahim akan menjadi penderma hati kepada adik Raisha.
Disebabkan masa tidak banyak untuk pemindahan hati ini, saya Tuan Muhammad Shahrul Azlan Bin Tuan Abdul Rahman ayah kepada anak ini memohon bantuan rakyat Malaysia untuk memberikan sumbangan seikhlas hati untuk membantu mengumpul dana bagi menampung kos pembedahan berjumlah RM160,000 secepat yang mungkin selewatnya awal April 2020.
Doa daripada anda juga sangat diharapkan supaya pemindahan hati ini berjaya dan Raisha Mikayla sihat seperti kanak-kanak yang lain. Sumbangan boleh diberikan melalui akaun bank berikut atas nama Tuan Muhammad Shahrul Azlan Bin Tuan Abdul Rahman atau hubunginya:
views
0 comments: