Dicerai suami ketika sarat, 4 beranak jamah nasi kosong setiap hari - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kuala Lumpur - Tiada siapa mahukan hidup dalam kehidupan yang serba kekurangan dan sukar. Tambahan lagi, terpaksa hidup dan membesarkan ...

Dicerai suami ketika sarat, 4 beranak jamah nasi kosong setiap hari


Kuala Lumpur - Tiada siapa mahukan hidup dalam kehidupan yang serba kekurangan dan sukar. Tambahan lagi, terpaksa hidup dan membesarkan dalam serba tidak mampu pastinya akan meninggalkan rasa serba salah yang kuat dalam diri setiap ibu bapa.

Begitu situasi yang terpaksa dihadapi oleh seorang mualaf yang dikenali sebagai Noor Sarah Sulaiman Kanisan yang berusia 32 tahun. Ibu tunggal ini terpaksa membesarkan anak-anaknya yang masih kecil bersendirian.

Mesra dengan panggilan Sarah, pada perkahwinan yang pertama, dia telah dikurniakan dua orang anak iaitu Nur Arissa Sofea dan Nazim Zafran. Namun malangnya, perkahwinan tersebut hanya bertahan kurang tiga tahun.

Tiada siapa mahukan hidup dalam kehidupan yang serba kekurangan dan sukar. Tambahan lagi, terpaksa hidup dan membesarkan dalam serba tidak mampu pastinya akan meninggalkan rasa serba salah yang kuat dalam diri setiap ibu bapa.

Begitu situasi yang terpaksa dihadapi oleh seorang mualaf yang dikenali sebagai Noor Sarah Sulaiman Kanisan yang berusia 32 tahun. Ibu tunggal ini terpaksa membesarkan anak-anaknya yang masih kecil bersendirian.

Mesra dengan panggilan Sarah, pada perkahwinan yang pertama, dia telah dikurniakan dua orang anak iaitu Nur Arissa Sofea dan Nazim Zafran. Namun malangnya, perkahwinan tersebut hanya bertahan kurang tiga tahun.

Hatinya sekali lagi remuk apabila perkahwinan kedua yang dibina pada tahun 2018, turut berakhir pada Januari lalu. Hasil perkahwinan keduanya itu, dia telah menimang anak ketiga, Naufal Zikri yang kini berusia 7 bulan.

Dia kini hanya mampu menampung kehidupan dan anak-anaknya dengan hanya menjual produk di atas talian. Amat menyedihkan, apabila dia hanya mampu meraih pendapatan antara RM50 hingga RM150 untuk sebulan.

Sebelum ini dia pernah bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah kedai perabot. Malangnya, dia terpaksa berhenti kerja kerana kos upah pengasuh anak-anaknya sangat tinggi dan lebih dari kemampuannya.

Jelasnya lagi, kini dia sudah menerima bantuan sebanyak RM300 sebulan daripada Baitulmal dan juga JKM. Amat menyentuh hati, apabila Sarah menyatakan bahawa anak-anaknya tidak pernah meragam walaupun mereka hanya mampu makan nasi tanpa lauk setiap hari.

010-4358080
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini