Bantulah adik Alesha derita hidap jantung berlubang, saluran darah & nafas sempit - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Pontian - Sepasang suami isteri di Kampung Nelayan Benut di sini buntu memikirkan kos rawatan bayi mereka yang menghidap jantung berluba...

Bantulah adik Alesha derita hidap jantung berlubang, saluran darah & nafas sempit


Pontian - Sepasang suami isteri di Kampung Nelayan Benut di sini buntu memikirkan kos rawatan bayi mereka yang menghidap jantung berlubang dan tiga penyakit lain.

Alesha Iezarah, 8 bulan, yang menghidap penyakit jantung berlubang sejak lahir turut mengalami masalah saluran darah, salur pernafasan sempit dan kedua-dua kaki membengkok.

Bayi perempuan itu adalah anak kepada pasangan Roziana Mohd Amin, 33, dan Mohd Salleh Mustari, 43, yang turut mempunyai tiga anak menghidap penyakit sawan iaitu Aliyah Maisara, 15, Aliyah Syahirah, 13, dan Mohd Khairul Amin, 5.

Roziana berkata, dia hanya suri rumah manakala suaminya yang mengambil upah mencari daun nipah tidak mampu untuk membiayai kos rawatan untuk anaknya itu dan perjalanan ulang alik ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

"Selepas dilahirkan kedua-dua kaki Alesha Iezarah bengkok seakan sedang bersila namun keadaan kakinya bertambah baik selepas melalui terapi dan disimen pada usia 4 bulan.

"Saya dan suami akan bawa Alesha Iezarah ke IJN pada 3 Januari depan. Itu kali pertama kami ke IJN bagi rawatan susulan Alesha Iezarah. Difahamkan kos pembedahan dianggarkan mencecah RM11,000.

"Nak ke sana pun kami tiada wang ditambah dengan tiga anak kami yang akan bersekolah pada tahun depan. Semua duit digunakan untuk beli barang sekolah dan bayar yuran mereka," katanya di rumahnya di Kampung Nelayan Benut di sini semalam.

Menurutnya, pendapatan suami sebanyak RM10 sehari dan bantuan bulanan JKM sebanyak RM300 diterima sejak Oktober lalu masih tidak mencukupi lebih-lebih lagi mereka perlu membayar sewa rumah sebanyak RM150 sebulan.

"Suami ambil upah cari daun nipah di hutan dekat Benut dan upah diterima bergantung kepada jumlah daun nipah diperoleh. Satu kg daun nipah dapat upah RM1," katanya.

Roziana berkata, dia sukar meninggalkan anak-anak untuk bekerja membantu suami memandangkan tiga anaknya yang menghidap sawan memerlukan perhatian.

"Ketiga-tiga mereka pergi ke sekolah cuma tidak boleh terlalu penat kerana boleh diserang sawan. Jadi saya dan suami perlu perhatikan mereka selalu," katanya.

Bagaimanapun, dia dan suami tetap berharap supaya Alesha Iezarah dapat menjalani pembedahan jantung berlubang.

"Besar harapan kami hendak tengok Alesha Iezarah sihat dan membesar seperti kanak- kanak lain.

"Kalau ada yang mahu membantu boleh hubungi suami saya di talian berikut atau salurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama saya Roziana binti Mohd Amin," katanya.

011-12126892
Progress:

RM0 raised

Goal: RM11000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini