Ibu rayu bantuan orang ramai untuk anak lelaki hidap Cerebral Palsy - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Machang - Seorang ibu kepada seorang lelaki dengan Cerebral Palsy hanya dapat merayu kepada orang awam untuk meringankan bebannya untuk m...

Ibu rayu bantuan orang ramai untuk anak lelaki hidap Cerebral Palsy


Machang - Seorang ibu kepada seorang lelaki dengan Cerebral Palsy hanya dapat merayu kepada orang awam untuk meringankan bebannya untuk menyediakan keperluan anaknya.

Masni Muhammad, 43, berkata Muhammad Aiman Asyraf Ramli, 21, anak sulungnya daripada empat beradik itu disahkan menghidap CP sejak berusia dua tahun menyebabkan sendi-sendinya mengerekot serta tidak dapat berjalan dan bangun sebagaimana pemuda seusianya.

Katanya, Muhammad Aiman Asyraf memerlukan perhatian dan jagaan rapi setiap masa menyebabkan beliau sukar untuk bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan suaminya Ramli Ismail, 49, yang bekerja sebagai penjaga stor di sebuah kuari, kira-kira RM1,700 sebulan.

“Lebih memeritkan apabila kos perbelanjaan Muhammad Aiman Asyraf mencecah sehingga RM500 sebulan, susu khas untuknya berharga RM90 setin yang hanya mampu bertahan selama 15 hari. Dia juga perlu memakan makanan segar yang dimasak sebanyak tiga kali sehari dan memerlukan kos perbelanjaan kira-kira RM15 sehari.

“Walaupun kami ada menerima bantuan daripada JKM sebanyak RM350 sebulan, ia masih belum mencukupi, kami juga perlu menanggung perbelanjaan tiga lagi anak berusia antara 18 tahun dan 9 tahun.” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Gading Paluh, Pulai Chondong di sini hari ini.

Masni berkata mujurlah kos rawatan anaknya itu buat masa ini tidak terlalu tinggi kerana hanya perlu menjalani rawatan fisioterapi sebanyak dua kali sebulan di Hospital Raja Perempuan Zainal II, Kota Bharu.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun berikut atau menghubungi Masni:

011-31794901
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini