Bantulah kanak-kanak malang hidap Hypoxic Ischaemic Encephalopathy - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Machang - Seorang suri rumah merayu sumbangan orang ramai bagi menampung kos rawatan anak bongsunya yang menghidap penyakit saraf otak da...

Bantulah kanak-kanak malang hidap Hypoxic Ischaemic Encephalopathy


Machang - Seorang suri rumah merayu sumbangan orang ramai bagi menampung kos rawatan anak bongsunya yang menghidap penyakit saraf otak dan paru-paru kronik sejak lahir.

Rosnani Mat Ghani, 44, dari Kampung Banggol Judah di sini, berkata anak bongsu daripada lima beradik itu, Adamia Fitri Mat Rahim, 5, dikesan menderita penyakit Hypoxic Ischaemic Encephalopathy sejak lahir.

Beliau berkata anaknya dilahirkan secara pembedahan akibat lemas dalam kandungan terpaksa ditahan di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu selama tiga bulan sejak dilahirkan disebabkan pelbagai komplikasi.

“Adamia Fitri juga mempunyai masalah paru-paru kiri manakala otaknya mengecut menyebabkannya memerlukan perhatian dan jagaan rapi sepajang masa,” katanya di rumahnya di sini.

Rosnani berkata dengan pendapatan suami, Mat Rahim Mat Hassan, 53, yang hanya bekerja kampung, dengan pendapatan kira-kira RM300 seminggu tidak mencukupi untuk menanggung kos penjagaan anaknya itu serta seorang anak yang lain yang masih bersekolah.

Beliau berkata kos perbelanjaan Adamia sahaja sudah mencecah hampir RM1,000 sebulan termasuk susu khas, lampin pakai buang serta keperluan kos rawatan lain.

“Susu khas yang digunakan berharga RM164 satu tin mampu bertahan untuk 10 hari sahaja memandangkan Adamia Fitri perlu minum susu sebanyak enam kali sehari,” katanya sambil menambah ada ketika terpaksa berlapar kerana kesempitan wang.

Rosnani berkata bahagian leher anaknya juga terpaksa ditebuk bagi dimasukkan tiub untuk memudahkannya bernafas dan membuang kahak.

“Walaupun anak saya tidak normal seperti kanak-kanak seusianya dan pertumbuhannya terbantut namun sebagai seorang ibu, saya sentiasa berharap Adamia diberikan kesihatan yang baik hingga akhir hayatnya,” katanya yang turut menerima bantuan JKM sebanyak RM350 sebulan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun berikut:

014-8474223
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini