Mualaf tetap menjaga ayah sakit strok walau berbeza agama - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Kuala Terengganu - Biarpun berlainan agama, ia bukan halangan bagi seorang mualaf, Syahidee Foo Kai Cheng, 52 dari Kampung Bukit Kecil, d...

Mualaf tetap menjaga ayah sakit strok walau berbeza agama


Kuala Terengganu - Biarpun berlainan agama, ia bukan halangan bagi seorang mualaf, Syahidee Foo Kai Cheng, 52 dari Kampung Bukit Kecil, di sini, untuk terus setia menjaga bapanya yang diserang angin ahmar (strok).

“Sejak kecil hingga dewasa saya tak pernah berpisah dengan dia walaupun dah berkahwin saya tetap tinggal sekali dengan ibu bapa saya,” katanya ketika ditemui di kediamannya, hari ini.

Bapanya, Foo Fong Chor, 92 yang beragama Buddha tidak boleh berjalan dan hanya bergerak dengan bantuan kerusi roda sejak tiga tahun lalu.

“Dia jaga dan membesarkan saya. Sekarang tugas saya untuk jaga dia sehingga akhir hayat. Saya tak akan sekali-kali meninggalkan dia.

Selain menjaga bapanya, Syahidee juga menggalas tanggungjawab menguruskan lima anaknya yang masih bersekolah sejak dia tidak lagi bersama isterinya, lima tahun lalu.

“Dulu saya bekerja, macam-macam kerja saya buat. Tetapi, setelah isteri tiada, saya terpaksa berhenti kerja sebab tidak menang tangan menguruskan semua anak saya. Lagipun, bapa saya tak boleh tinggal seorang diri. Dia perlu dibantu untuk menguruskan diri sendiri.

Lebih merumitkan, kekangan waktu yang dimiliki Syahidee serta tugas besar yang dipikul memaksanya untuk tidak keluar bekerja menyebabkan dia tidak mempunyai punca pendapatan yang tetap.

“Sebab itulah saya tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Sebelum ini saya ada dapat wang bantuan yang diperoleh oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), kini saya agak ‘tawar hati’ untuk mendapatkan wang bantuan daripada Maidam atas faktor birokrasi,” katanya yang telah memeluk Islam sejak 2003.

Kesulitan yang ditanggung Syahidee tidak pernah dikongsi bersama bapa serta ibunya, Chen Yek Yeen yang telah meninggal dunia, tiga bulan lalu.

“Saya jaga ibu saya hingga hujung usia. Sama macam ayah saya, dia ada sakit strok. Dua-dua ada strok dan komplikasi penyakit lain seperti darah tinggi dan penyakit jantung,” katanya.

Empat anak Syahidee iaitu Nur Alyaa Shahida, 16; Muhammad Haikal, 13; Muhammad Daniel Hakim, 11 dan Muhammad Hazi, 7 bersekolah di Sekolah Rendah (SRJKC) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Chung Hwa, di sini.

Sementara itu, seorang lagi anaknya, Nur Nadia Safiya, 6, belajar di sebuah taska berhampiran kediamannya di Flat Bukit Kecil.

Menurutnya, sebanyak RM35 diperuntukkan setiap hari untuk perbelanjaan persekolahan bagi kelima-lima anaknya itu selain keperluan perubatan bapanya.

“Setiap hari saya berfikir mengenai sumber kewangan. Tak pernah tak fikir, saya fikir macam mana saya nak dapatkan sumber kewangan tetapi tidak perlu meninggalkan bapa saya seorang diri di rumah. “Nak harapkan anak-anak saya mereka masih kecil,” katanya.

Kesulitan yang ditanggung Syahidee mendapat perhatian Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang berkunjung ke kediamannya untuk menyampaikan sumbangan keperluan pada 24 Julai lalu.

0 comments:

Kongsi Portal Ini