Kesedihan rezeki selongkor sampah untuk sara hidup bersama mak - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Tasek Gelugor - Tiada sesiapa sanggup bergelumang dalam tong sampah yang dipenuhi sisa buangan dan berbau busuk untuk mencari barangan ya...

Kesedihan rezeki selongkor sampah untuk sara hidup bersama mak


Tasek Gelugor - Tiada sesiapa sanggup bergelumang dalam tong sampah yang dipenuhi sisa buangan dan berbau busuk untuk mencari barangan yang boleh dikitar semula demi sesuap nasi.

Bagaimanapun, bagi bekas tentera, Sabri Sab, 58, yang menetap di Pokok Sena, Tasek Gelugor tidak mengendahkan dirinya diherdik dengan pekerjaan yang dilakukan asalkan perut ibunya, Tipah Jalil, 79, dan ahli keluarga lain sentiasa diisi.

Sabri berkata, dia mengenepikan rasa malu menyelongkar tong sampah di sekitar daerah itu sejak empat tahun lalu mencari bahan buangan yang boleh dikitar semula untuk dijual.

“Saya terpaksa melakukan kerja ini kerana tidak memperoleh pekerjaan lain berikutan faktor usia apatah lagi saya pula tentera tidak berpencen memandangkan menamatkan perkhidmatan dari tempoh masa ditetapkan.

“Jadi saya tidak ada pilihan dan perlu berbuat sesuatu untuk mengisi perut ibu, isteri serta anak-anak,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Katanya, hanya memperoleh hasil sekitar RM20 ke RM30 sehari, namun dia bersyukur dengan apa yang diperolehinya.

Dalam pada itu Sabri berkata, ibunya pula kini menderita menghidap penyakit parkinson dan darah tinggi sejak lima tahun lalu yang mana memerlukan penjagaan serta rawatan rapi.

"Sekiranya tidak cukup wang, saya akan bawa ibu dengan menaiki motosikal roda tiga yang saya gunakan untuk bekerja.

“Walaupun ibu mendapat bantuan zakat RM300 sebulan namun ia tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan termasuk membeli susu dan kos ulang alik ke hospital,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mengharapkan pertolongan adik-beradik lain berikutan memahami keadaan mereka yang juga hidup susah sepertinya.

“Ayah sudah lama meninggal dunia dan dia pula tidak meninggalkan sebarang harta memandangkan kami hidup susah sejak dahulu lagi, namun saya tetap bersyukur dengan rezeki yang ada.

“Selagi saya mampu jaga ibu, saya tidak akan susahkan adik beradik lain apatah lagi memahami keadaan mereka yang turut dihimpit masalah kewangan,” katanya. Orang ramai yang ingin membantu mereka boleh berbuat demikian.

0 comments:

Kongsi Portal Ini