Ibubapa buntu anak kecil sengsara menghidap masalah jantung - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kuala Pilah -  Ibu mana yang tidak pilu apabila anak kesayangan yang baru dua hari dilahirkan, dikesan mengalami masalah jantung. Lebih...

Ibubapa buntu anak kecil sengsara menghidap masalah jantung


Kuala Pilah -  Ibu mana yang tidak pilu apabila anak kesayangan yang baru dua hari dilahirkan, dikesan mengalami masalah jantung.

Lebih menyedihkan Juniza Ibrahim, 34, apabila anaknya, Duranni Iman Mohd Fairus, 2, kemudian disahkan pula mengalami jangkitan kuman pada paru-paru sehingga terpaksa menjalani pembedahan.

Kini pada usia dua tahun, kanak-kanak berkenaan terpaksa bergantung hidup sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan bagi meneruskan kehidupan.

“Hanya Allah SWT tahu bagaimana perasaan saya sebaik menerima laporan kesihatan dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah berhubung status Duranni Iman selepas dua hari dilahirkan,” kata Juniza kepada media ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Dua Besar, di sini.

Selain masalah jantung, katanya, Duranni Iman kemudian dikesan mengalami masalah paru-paru apabila tahap kesihatannya semakin menurun.

“Pakar perubatan memutuskan terpaksa melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana Duranni Iman yang ketika itu berusia lapan bulan terpaksa dibedah,” katanya.

Bagaimanapun, Juniza berkata, dia reda dengan keputusan pakar perubatan melakukan pembedahan ke atas anak bongsu daripada dua beradik itu.

“Saya reda jika itu adalah jalan terbaik untuk menyelamatkannya,” katanya sambil menambah, selepas selesai pembedahan, anaknya dapat menjalani kehidupan secara normal, namun hanya untuk beberapa bulan sahaja kerana dikesan mengalami masalah pernafasan pula.

Pada Julai 2018, Duranni Iman terpaksa menggunakan sejenis alat bantuan pernafasan yang harganya mencecah ribuan ringgit.

Juniza bagaimanapun bersyukur kerana majikan suaminya, Mohd Fairus Amsah@Hamzah, 34, iaitu Syarikat Air Negeri Sembilan membantu membeli peralatan terbabit.

“Kami bagaimanapun tetap menghadapi masalah kewangan dan tidak berkemampuan untuk menanggung kos rawatan serta perbelanjaan berulang-alik ke Institut Jantung Negara, membeli susu serta lampin pakai buang, selain kos menyelenggara mesin bantuan pernafasan.

“Walaupun menerima RM220 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, ia sekadar meringankan beban,” katanya.

Katanya, walaupun pada zahirnya Duranni Iman kelihatan normal, mereka terpaksa berulang alik ke IJN untuk rawatan susulan.

Nasib malang bayi berkenaan turut mendapat perhatian Penyelaras DUN Senaling, Rais Basiron yang tampil menghulurkan sumbangan kewangan. Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh berbuat demikian.


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini