Kerani pohon bantuan orang ramai untuk tampung kos bedah tumor otak - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Semenyih - Seorang kerani sebuah syarikat swasta merayu bantuan orang ramai untuk menampung kos pembedahan bagi membuang ketumbuhan di k...

Kerani pohon bantuan orang ramai untuk tampung kos bedah tumor otak


Semenyih - Seorang kerani sebuah syarikat swasta merayu bantuan orang ramai untuk menampung kos pembedahan bagi membuang ketumbuhan di kepalanya.

Ramli Abdul Karim, 48, disahkan menghidap tumor otak enam bulan lalu dan kos pembedahannya dianggarkan mencecah RM40,000. Katanya, kos berkenaan adalah minimum berbanding hospital swasta yang mengenakan caj lebih tinggi. 

“Saya tidak cukup dana untuk menjalani pembedahan ini,” katanya kepada pemberita di sini. Ramli berkata, penyakitnya itu dikesan setelah sering pening kepala. 

“Saya membuat rawatan di sebuah hospital swasta, selepas menjalani pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan), doktor mengesan tumor itu, kemudian saya dirujuk ke sebuah hospital yang ada kepakaran untuk rawatan ini,” katanya. 

Dia berkata, pendapatannya sebagai kerani hanya RM3,000 dan gajinya itu turut digunakan untuk rawatan adik lelakinya yang pernah menjalani pembedahan buasir. “Adik saya tidak bekerja kerana dia tidak mampu berdiri lama dan akan ada pendarahan. 

Dia kini turut menjalani rawatan di klinik,” katanya. Menurutnya, doktor memaklumkan dia perlu menjalani pembedahan bulan ini. “Saya akan berjumpa doktor 9 April ini untuk rawatan lanjut dan tarikh pembedahan juga akan ditetapkan,” katanya. 

Sementara itu wakil NGO, Ahli Kelab Prihatin Selangor, Joseph Foo berkata, pihaknya sudah berjumpa dengan Ramli baru-baru ini. “Saya juga sedang berusaha membantu mendapatkan dana daripada rakan-rakan lain. “Kita sebagai rakyat Malaysia harus membantu satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 114075545724 atas nama Ramli Abdul Karim.

0 comments:

Kongsi Portal Ini