Bayi hidap sindrom down, masalah jantung, tiada lubang dubur, mata kabur - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Yan - Muhammad Rezfan Shaiqi Mohd Fazli, 1, dilahirkan tanpa lubang dubur, selain menghidap beberapa penyakit lain seperti sindrom down,...

Bayi hidap sindrom down, masalah jantung, tiada lubang dubur, mata kabur


Yan - Muhammad Rezfan Shaiqi Mohd Fazli, 1, dilahirkan tanpa lubang dubur, selain menghidap beberapa penyakit lain seperti sindrom down, jantung di bahagian kanan agak besar, tiroid dan gastrik, pengelihatan mata kabur dan terpaksa memakai cermin mata khas yang mempunyai kuasa 700.

Sedih melihat keadaannya, lagi sedih ibu bapa dan keluarga melihat keadaan anak mereka yang mengalami masalah kesihatan.

Ekoran ketiadaan lubang dubur, bahagian perut sebelah kiri Muhammad Rezfan terpaksa ditebuk di Hospital Sultanah Bahiyah ketika dilahirkan untuk membolehkan dia membuang najis setiap hari.

Bapanya, Mohd Fazli Mohd Radzuan, 35, berkata, bahagian itu perlu dibersihkan dengan baik dan ditutup dengan lampin yang diletakkan dengan pelekat bagi memastikan ia bersih dan tiada kuman.

Keadaan itu menyebabkan Muhammad Rezfan tidak mampu menjamah makanan lain dan hanya minum susu formula khas yang disarankan oleh doktor. Tetapi kos susu khas itu agak mahal dan satu tin hanya mampu bertahan untuk tidak hari sahaja. Oleh kerana tiada pilihan, Mohd Fazli tetap berusaha membelinya demi keperluan anak.

Difahamkan, Mohd Fazli berniaga burger di hadapan rumahnya dengan pendapatan yang tidak menentu. Manakala isterinya, Zuraidah Azlinda Mehat, 35, bekerja sebagai guru KAFA di sekolah di kawasan Yan.

Dua daripada empat mereka yang berusia 13 dan tujuh tahun masih bersekolah, manakala seorang lagi anak berusia tiga tahun.

Sebelum ini, Muhammad Rezfan dirujuk di Hospital Kuala Lumpur dan rawatannya di sana telah pun habis. Kini dia perlu meneruskan rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang sebulan sekali dan HSB dua minggu sekali.

Muhammad Rezfan juga memperolehi bantuan bulanan dari JKM sebanyak RM350. Tetapi jumlah itu tidak cukup untuk menampung kos ulang alik ke tiga buah hospital.

Mohd Fazli juga perlu membeli saluran tiub untuk menyalurkan susu ke dalam mulut anak bongsunya daripada empat beradik, yang perlu ditukar setiap hari bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Setiap hari, dia yang menguruskan anak-anaknya ketika isterinya keluar mengajar. Mohd Fazli bersyukur, anak bongsunya itu tidak banyak meragam dan sangat suka bermain.

“Ini satu ujian untuk kami sekeluarga menjaga anak dalam keadaan ini. Namun kami bersyukur melihatnya sihat dan aktif setiap hari,” katanya.

Hulurkan sumbangan anda ke nombor akaun bank berikut atas nama Zuraidah Azlinda atau hubungi beliau di talian berikut:

016-9082423
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini