Ibu buntu pohon bantuan ubati penyakit kanser darah anak - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Yan - Seorang ibu runsing memikirkan wang keperluan untuk membeli ubat kanser anaknya yang bernilai RM50,000 masih belum mencukupi. Hamiz...

Ibu buntu pohon bantuan ubati penyakit kanser darah anak


Yan - Seorang ibu runsing memikirkan wang keperluan untuk membeli ubat kanser anaknya yang bernilai RM50,000 masih belum mencukupi. Hamiza Abdul Rahman, 42, berkata, dia memerlukan RM10,000 sahaja lagi bagi membolehkannya membeli ubat yang disaran doktor.

Menurutnya, anaknya, Muhammad Iqmal Mahazir, 19, menghidap kanser darah jenis limfoma hogdkins tahap empat sejak April tahun lalu. 

"Anak saya kini semakin lemah dan tak ada selera makan menyebabkan dia tak dapat bergerak hingga banyak menghabiskan masa di dalam bilik tidur di rumahnya di Kampung Titi Serong, Yan," katanya. 

"Saya susah hati lihat keadaan anak dan terus ambil keputusan untuk hantar dia ke hospital berdekatan," katanya. Hamiza berkata, anaknya pernah menjalani pembedahan sumsum tulang di Hospital Ampang, Kuala Lumpur tetapi gagal. 

Menurutnya, dia bimbang keadaan kesihatan anaknya makin merosot dan hanya makan buah dalam kuantiti sedikit saja kerana tiada selera makan. Katanya, mereka mendapat bantuan JKM sebanyak RM350 sebulan, namun ia tidak mencukupi kerana perlu mengumpul wang untuk membeli ubat dan kos berulang-alik ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar. 

“Jika cukup jumlah RM50,000 itu, doktor meminta saya menghubunginya kerana bekalan ubat sudah ada, cuma kos agak tinggi untuk membayar ubat berkenaan. “Kos itu merangkumi 18 dos ubat iaitu setiap satu dos mampu bertahan hanya tiga minggu dan fungsi ubat itu bagi mengelakkan kanser itu merebak ke seluruh badan,” katanya. 

Hamiza berkata, lebih membimbangkan apabila bahagian bahu kiri anaknya membengkak akibat sel kanser yang sudah merebak. Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh hubunginya atau hulurkan bantuan ke akaun berikut atas nama Hamiza:

017-5981506
Progress:

RM0 raised

Goal: RM50000

0 comments:

Kongsi Portal Ini