Hospital Putrajaya mohon sumbangan bina surau, balai pelawat - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Putrajaya - Hospital Putrajaya (HPj) memohon sumbangan sebanyak RM6.01 juta bagi melaksanakan pembinaan sebuah surau dan balai pelawa...

Hospital Putrajaya mohon sumbangan bina surau, balai pelawat


Putrajaya - Hospital Putrajaya (HPj) memohon sumbangan sebanyak RM6.01 juta bagi melaksanakan pembinaan sebuah surau dan balai pelawat dalam usaha untuk menambah baik kemudahan di pusat perubatan tersebut.

Pengarahnya, Datuk Dr Nora'i Mohd Said berkata, buat masa ini, kemudahan surau sedia ada hanya berkeluasan 10x10 kaki persegi dan tidak mampu untuk menampung jumlah pelawat di hospital berkenan pada setiap hari.

Beliau berkata, keadaan kemudahan itu agak kritikal memandangkan jumlah kehadiran pesakit luar adalah mencecah sehingga 1,000 orang sehari manakala kakitangan di hospital itu juga adalah sekitar 2,000. "Walaupun setiap aras di hospital ini mempunyai surau, namun saiznya agak kecil dan tidak mampu menampung jumlah pengunjung pada setiap hari. 

"Dengan keadaan balai pelawat juga turut menyukarkan waris pesakit yang datang dari jauh dan terpaksa bermalam di lobi HPj," katanya. Mengulas lanjut, Nora'i berkata HPj dengan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia bersetuju bagi menyediakan tanah kosong bersebelahan taman permainan kanak-kanak berhadapan lobi utama sebagai tapak surau dan balai pelawat terbabit. 

Beliau berkata, pembinaan surau tersebut akan dapat memberi manfaat kepada banyak pihak khususnya pengunjung dan warga kerja di HPj, Institut Kanser Negara serta agensi-agensi kerajaan berhampiran. 

"Pembinaan surau ini akan memberi banyak kelebihan malah ia turut dapat memuatkan sehingga 1,000 orang jemaah pada satu masa. "Buat masa ini, kutipan yang diperolehi bagi pembinaan surau dan balai pelawat itu adalah sekitar RM500,000 dan projek hanya akan bermula apabila kutipan mencecah 70 peratus daripada kos anggaran pembinaan," katanya. 

Dalam pada itu, mengenai permohonan sumbangan orang awam itu, Norai'i berkata, kutipan berkenaan terpaksa dibuat berikutan peruntukan kerajaan adalah terhad memandangkan dana sedia ada perlu dikhususkan untuk projek lebih kritikal seperti pembinaan hospital atau klinik. 

Beliau berkata, HPj turut meminta kelulusan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia terlebih dahulu sebelum membuat sebarang hebahan mengenai kutipan dana tersebut. 

"Sebelum ini juga ada tular mengenai kutipan dana bagi pembinaan surau di hospital ini sehingga ada pihak yang merasa was-was. Di sini saya ingin mengesahkan bahawa hebahan tersebut adalah benar," katanya. 

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut atas nama Tabung Pembinaan Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya hubungi Ustazah Ummiaton Koronay:

03-83124378
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500000

0 comments:

Kongsi Portal Ini