Anggota RELA dan keluarga tinggal di pondok usang sebagai tempat berteduh - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Baling - Kesempitan hidup dilalui menyebabkan anggota RELA terpaksa menjadikan pondok usang yang menunggu masa rebah ke bumi sebagai temp...

Anggota RELA dan keluarga tinggal di pondok usang sebagai tempat berteduh


Baling - Kesempitan hidup dilalui menyebabkan anggota RELA terpaksa menjadikan pondok usang yang menunggu masa rebah ke bumi sebagai tempat berteduh.

Muhammad Shukri Rosli, 28, dari Kampung Masjid Dalam Wang, Mukim Pulai, Baling tinggal di pondok itu bersama isteri, Siti Norashikin Mohd Ali, 19, dan dua anak Nor Jannah, 2, serta Mohamad Arfan Saifullah, empat bulan.

Mereka sekeluarga tinggal di pondok itu sejak dua tahun lalu di tapak tanah atas belas ihsan bapanya, Rosli Othman,60.

Mohammad Shukri berkata, dia tidak ada pilihan lain selepas berkeluarga dan terpaksa berdikari meskipun perlu menghuni di pondok buruk.

“Saya tidak mahu menyusahkan ibu bapa kerana mereka juga susah dan ada ahli keluarga lain tinggal bersama di rumah itu.

“Selepas berbincang dengan isteri, saya mengambil keputusan untuk berdikari dan membina rumah dengan menggunakan kayu hutan untuk berteduh daripada panas dan hujan,” katanya.

Menurutnya, dia menggunakan buluh sebagai dinding rumah dan kayu bulat sebagai tiang, namun apabila hujan dia kerap terpaksa beralih tempat tidur kerana dinding berlubang di setiap penjuru.

Katanya, dia menggunakan bekalan elektrik dari rumah bapanya dan mengangkut air menggunakan tong untuk memasak serta minum, selain menumpang mandi dan membasuh di rumah bapanya.

“Apabila tidak bertugas mengawal keselamatan, saya mengambil upah mengangkut sekerap getah dengan beroleh pendapatan tidak tetap dan tidak pernah memilih kerja asalkan mendapat duit menyara keluarga.

“Saya terfikir mengenai masa depan anak dan isteri yang perlu hidup lebih selesa tetapi tidak dapat menabung akibat kesempitan hidup,” katanya.

Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan boleh menyalur ke akaun bank berikut atas nama Muhammad Shukri Rosli:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini