Fahim menderita hidup tanpa separuh otak kerana demam panas - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Pendang - Muhammad Fahim Mikail Firdaus yang berusia dua tahun kini tidak lagi aktif seperti dulu selepas menjalani tiga kali pembedahan ...

Fahim menderita hidup tanpa separuh otak kerana demam panas


Pendang - Muhammad Fahim Mikail Firdaus yang berusia dua tahun kini tidak lagi aktif seperti dulu selepas menjalani tiga kali pembedahan di kepala sejak berusia 10 bulan hingga menyebabkan pergerakannya terbatas.

Kanak-kanak lelaki itu yang dilahirkan normal dan aktif kini hanya terlantar di atas tilam di rumahnya selepas bahagian kanan otaknya terpaksa dibuang dan penglihatannya rabun akibat demam panas, sejak lebih setahun lalu.

Anak bongsu dari enam beradik kepada suami isteri, Fauziah Harun, 45, dan Firdaus Zakaria, 46, itu kini mendapat rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar setiap minggu untuk bertemu dengan pakar bagi menjalani rawatan lanjut.

Menurut Fauziah, anaknya mengalami demam panas sehingga suhu mencecah 40 darjah selsius ketika berusia empat bulan dan demam berlarutan menyebabkan dia membawa bayi itu mendapat rawatan di Pusat Kesihatan Pendang.

Namun katanya, sebaik sembuh dari demam, anaknya sekali lagi demam panas ketika berusia lapan bulan dan sekali lagi dibawa ke pusat kesihatan berkenaan untuk mendapatkan rawatan.

“Malangnya ketika Muhammad Fahim berusia 10 bulan, saya dihubungi pengasuh yang memberitahu seluruh badan anak saya kebiru-biruan selain pernafasannya terhenti sekejap dan perlu dibawa segera ke klinik swasta berhampiran kerana bimbang diserang sawan.

“Ketika itu doktor mengesyorkan supaya anak saya dirujuk ke HSB segera kerana bimbang suhu badannya terlampau panas dan perlu mendapatkan rawatan segera,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Puteh, Mukim Air Puteh, dekat Pendang, hari ini.

Fauziah berkata, dia dan suaminya yang mengusahakan perniagaan nasi ayam di Medan Pekan Pendang terpaksa berulang alik dan bergilir-gilir menjaga Muhamad Fahim sekiranya dia dirawat di wad.

Katanya, doktor di HSB mencadangkan pembedahan segera dilakukan terhadap anak saya untuk membuang bahagian kanan otak di tempurung kepalanya selepas terdapat kecederaan banyak.

“Doktor tidak yakin dengan keadaan anak saya dan masa depannya kerana semua itu bergantung pada kekuatannya.

“Namun sebulan kemudian, anak saya perlu menjalani pembedahan kali kedua selepas doktor mendapati terdapat nanah di tempat sama di bahagian kanan otak kepalanya,” katanya.

Fauziah berkata, dia sekali lagi diuji apabila kepala anaknya membengkak menyebabkan doktor mencadangkan supaya pembedahan kali ketiga perlu dilakukan segera menyelamatkan nyawanya.

Katanya, doktor memasang saluran paip di kepala anaknya untuk disalurkan ke bahagian perut untuk mengeluarkan lebihan air di kepala bayi itu yang kemudian dikeluarkan melalui najis.

“Setiap kali dia nak buang air besar, saya terpaksa memberi ubat kepadanya untuk memudahkan proses pencernaan dalam badan berlaku kerana setiap hari dia hanya menjamah bijirin disebabkan tidak selera makanan lain.

“Setiap minggu kami terpaksa berulang alik berjumpa pakar tulang, mata, kepala dan otak untuk mendapatkan rawatan susulan buat Muhammad Fahim menyebabkan saya dan suami terpaksa menutup sementara kedai berniaga,” katanya.

Fauziah berkata, selain Muhamad Fahim, dia mempunyai tiga lagi anak yang masih bersekolah di Tahun Dua dan Lima serta seorang lagi di Tingkatan Dua.

Dua lagi anaknya iaitu yang sulung berusia 24 tahun kerana terpaksa menjaga Muhamad Fahim ketika mereka berniaga, manakala yang kedua pula hanya bekerja sebagai pembantu kantin di Jitra.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan kepada Muhamad Fahim boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB milik Fauziah 02090003620208 atau menghubunginya 017-5669033.

0 comments:

Kongsi Portal Ini