Ayah memohon sumbangan bagi anak lanjut pengajian di Mesir - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Shah Alam - Seorang bapa memohon sumbangan tajaan daripada mana-mana pihak bagi membantu anaknya melanjutkan pelajaran di Universiti Al-A...

Ayah memohon sumbangan bagi anak lanjut pengajian di Mesir


Shah Alam - Seorang bapa memohon sumbangan tajaan daripada mana-mana pihak bagi membantu anaknya melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar.

Ahmad Khariri Al Hadi Md Yusop seorang penerima asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) memaklumkan permohonan dermasiswa anaknya, Nur 'Aina Qisna Al Huda Ahmad Khariri bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara tidak berjaya.

"Saya dapat surat daripada LZS Isnin lalu maklumkan anak saya layak dapat," tulisnya di Facebooknya.

Namun, melihat kesungguhan anaknya serta tawaran yang diterima dari Universiti Al-Azhar, mana mungkin Ahmad Khariri melepaskan peluang itu.

"Hamba dengan rendah diri memohon jika ada penaja untuk bersedekah / menginfak atau mengeluarkan zakat kepada anakanda hamba.

"Aina layak untuk melanjutkan pelajaran di universiti itu cuma dia ada pembiayaan sepenuhnya," katanya.

Ahmad Khariri berkata, buat masa ini, dia memerlukan RM2980 dalam masa terdekat bagi bayaran kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi menyelesaikan urusan pemprosesan dokumen, pembelian tiket dan beberapa prosedur di Mesir.

"Kerana itu saya buat begini, memohon sumbangan tajaan daripada mana-mana pihak bagi membolehkan anak saya melanjutkan pelajaran di sana.

"Anggaran kos pengajiannya ialah sekitar RM600 bagi 48 bulan dan hamba akan tetap usahakan bagi mencari pembiayaan tersebut," katanya lagi.

Sementara itu, menerusi kemaskini status di laman Facebook rasmi LZS ada memaklumkan bahawa pihaknya telah melakukan semakan berhubung status pemohon berkenaan dan mendapati pemohon terbabit tidak menepati kriteria kelayakan serta temuduga untuk tajaan dermasiswa ke luar negara.

LZS berkata, antara syarat untuk tajaan adalah pelajar terlibat seharusnya mendapat keputusan Mumtaz dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama dan mendapat markah 65 peratus ke atas dalam ujian bertulis semasa temuduga.

Bagaimanapun, LZS ada menawarkan bantuan untuk pihak terlibat menyambung pengajian dalam negara dan akan dibantu sepenuhnya memandangkan mereka adalah asnaf miskin yang berdaftar.


0 comments:

Kongsi Portal Ini