
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan, sila WhatsApp segera ke talian hotline 010-3005260 atau e-mel kepada aduan@islam.gov.my.”
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, unit tersebut ditubuhkan berikutan berlakunya kes-kes menghina Nabi Muhammad dan perbuatan mempersendakan agama Islam.
Serentak itu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan boleh terus membuat aduan ke WhatsApp talian hotline 010-3005260 atau emelkan kepada aduan@islam.gov.my.
"Saya juga telah meminta unit pemantau ini menerima sebarang aduan berkaitan penghinaan Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, seterusnya dengan segera membuat laporan polis dan SKMM.
"Saya berharap kita semua dapat berganding bahu bagi menjaga dan mengekalkan keharmonian negara kita. Saya percaya, pihak berkuasa telah melakukan tindakan sewajarnya untuk menangani isu ini," kata Mujahid dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mujahid, sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal agama sekali tidak akan berkompromi dengan perbuatan menghina Nabi Muhammad serta agama Islam.
Jelas beliau Malaysia mempunyai undang-undang dan pihak yang bersalah perlu dijatuhkan hukuman yang setimpal.
0 comments: