Bekas pemain dram Ekamatra menderita hidap kanser tisu peha - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Selayang - Bekas pemain dram kumpulan Ekamatra bernama Rashid atau nama panggilan Asid Atan menghidap kanser tisu peha tahap 3 sejak Okto...

Bekas pemain dram Ekamatra menderita hidap kanser tisu peha


Selayang - Bekas pemain dram kumpulan Ekamatra bernama Rashid atau nama panggilan Asid Atan menghidap kanser tisu peha tahap 3 sejak Oktober lalu.

Menurutnya sakit pada bahagian paha yang di alami itu sebenarnya sudah lama dalam 3 atau 4 tahun
namun sekadar bengkak dan dia tidak sama sekalipun menyangka ia adalah kanser.

Saya dah berhenti kerja pada Mei tahun lalu sebab kerap sakit dan demam. Saya tidak berdaya ulang alik dari Selayang ke tempat kerja di Sha Alam.

Jadi pekerjaan saya sekarang hanyalah busking di beberapa tempat seperta mall, art centre, kedai-kedai makan, majlis keraian, majlis kahwin dan show-show kecil.

Ada juga yang menghulurkan bantuan namun jika tidak mempunyai pendapatan kadang duit itu saya terpakai untuk kegunaan lain-lain yang lebih mustahak seperti sewa rumah, perubatan alternatif dan lain-lainnya.

Kata Rashid kos rawatan pembedahan sekitar RM8,000 tetapi apabila memikirkan risiko-risiko
yang perlu dihadapi, beliau masih memikirkan prosedur pembedahan tersebut.

Saya ada kencing manis jadi khuatir selepas dibedah , tak tahu apa yang berlaku nanti, semua itu yang membuatkan saya serba salah dan masih memikirkannya. Apatah lagi jika sukar bergerak macam mana nak cari nafkah untuk keluarga.

Jadi saya buat ini selagi saya masih boleh bertahan, saya akan bertahan demi keluarga (lima anak), Allah sentiasa bersama, katanya.

Antara lagu popular Ekamatra ialah "sentuhan kecundang' "pusara di lebuh raya" dan "satu persinggahan". Bagi yang ingin membantu Rashid boleh dihubungi di talian berikut:

019-2937998
Progress:

RM0 raised

Goal: RM8000

0 comments:

Kongsi Portal Ini