Bayi ditinggalkan di tepi jalan di persimpangan Lebuhraya Kesas - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Klang - Seorang bayi perempuan cukup sifat ditemui ditinggalkan di tepi jalan persimpangan Lebuhraya Kesas menuju Bandar Puteri, di sini...

Bayi ditinggalkan di tepi jalan di persimpangan Lebuhraya Kesas


Klang - Seorang bayi perempuan cukup sifat ditemui ditinggalkan di tepi jalan persimpangan Lebuhraya Kesas menuju Bandar Puteri, di sini, hari ini. Bayi perempuan ini telah dibawa ke HTAR untuk rawatan sebelum diserah kepada JKM.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, bayi dianggarkan berusia satu hari itu ditemui kira-kira jam 12 tengah hari oleh seorang penunggang motosikal berusia 29 tahun. 

Menurutnya, bayi yang sihat dan bersih itu ditemui dalam balutan kain selimut. "Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu kemudian telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan selanjutnya sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Klang," katanya. 

Shamsul Amar berkata, siasatan sedang giat dijalankan bagi mengesan individu terlibat dalam kes tersebut. "Kes kini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi berkenaan," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Klang Selatan 03-3376 2222 untuk membantu siasatan.

0 comments:

Kongsi Portal Ini