Menurutnya, kanak-kanak perempuan itu, Nur Aleeya Tsufe, 2, diserahkan oleh ibu kandungnya dikenali Cici Herdiawati, 29, selepas beberapa hari dilahirkan pada Mei 2017 lalu.
“Sebelum itu, saya dimaklumkan rakan terdapat seorang wanita warga Indonesia hendak menyerahkan anaknya kerana tidak mampu menjaganya.
"Kebetulan, saya memang mencari anak angkat ketika itu sebelum berjumpa dengan wanita tersebut di Hopsital Tanjong Karang dengan menguruskan segala proses dan kos rawatan kepada mereka," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Nor Liyana memberitahu, dia cuba menghubungi wanita melalui nombor telefon yang ditinggalkan namun dipercayai telah pulang ke Indonesia.
Ujarnya yang tinggal di Jeram itu, selepas merujuk perkara itu kepada Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Selangor mendapati hebahan perlu dilakukan bagi mencari Ibu kandung atau waris bagi memudahkan urusan berkaitan.
"Justeru, orang ramai atau waris kepada kanak-kanak ini boleh menghubungi saya di talian 016-2915031," jelasnya.