Bayi hampir lemas kini terlantar sakit perlu bantuan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Ulu Bernam - Kejadian tertelan air dan hampir lemas di dalam besen sebulan lalu menyebabkan Muhammad Iman Mikael Al Hafizi yang berusia 1...

Bayi hampir lemas kini terlantar sakit perlu bantuan


Ulu Bernam - Kejadian tertelan air dan hampir lemas di dalam besen sebulan lalu menyebabkan Muhammad Iman Mikael Al Hafizi yang berusia 15 bulan kini hanya terlantar dan tidak lagi aktif seperti dulu.

Ibunya, Rabiatul Adawiyah Abdullah, 25, berkata, kejadian yang menimpa anak keduanya itu berlaku pada 27 November lalu ketika mereka menetap di Kampung Baru, Ulu Bernam, Perak.

Katanya, ketika kejadian dia dan suami, Al Hafizi Aziz, 27, yang ketika itu bekerja di bahagian landskap sebuah universiti awam bersiap untuk keluar berniaga.

“Ketika itu kami sekeluarga tidak sedar Muhammad Iman masuk ke dalam bilik air dan cuba mengambil objek di dalam besen berisi air sebelum datuknya ternampak kaki anak saya sudah terjuntai ke atas manakala mukanya tersembam ke dalam air.

“Ketika dalam perjalanan ke Hospital Tanjung Malim, suami tidak berhenti melakukan CPR selepas melihat anak kami kebiruan dan tidak memberi tindak balas akibat terlalu lama terendam dalam air,” katanya.

Rabiatul Adawiyah ditemui di rumah mentuanya di Kampung Pulau Timbul, Tunjang, Jitra semalam.

Menurutnya, ketika itu doktor memberitahu peluang anaknya untuk hidup sangat tipis dan hanya ada peluang 20 peratus namun semuanya bergantung pada keadaan bayinya itu.

Katanya, anaknya kemudian dimasukkan ke Hospital Permaisuri Bainun di Ipoh dan sepanjang 19 hari di situ, dia dan suami bergilir-gilir menjaga bayi mereka selain menjaga seorang lagi anak, Nur Syakila Aulia, 2.

“Disebabkan itu, suami saya diberhentikan kerja dan kami mengambil keputusan pulang ke sini kerana hilang mata pencarian ditambah pula anak saya perlu mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

“Sejak kejadian itu, Muhammad Iman Mikael hanya terlantar di tilam dan tidak aktif seperti dulu selain tidak boleh bercakap.

“Kalau menangis pun suaranya perlahan menyebabkan kakaknya sedih melihat perubahan adiknya yang tidak seperti dulu,” katanya.

Menurutnya, doktor menjangkakan anaknya akan kembali pulih tetapi bergantung pada keadaan dan kekuatan fisiologi bayinya itu.

Katanya, anaknya yang kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar perlu memakai kasut khas yang diperbuat dari plastik untuk memudahkannya bergerak.

“Kami kini bergantung pada keluarga mentua untuk berteduh selain makan setiap hari, sementara suami mencari pekerjaan lain dan dia kini hanya melakukan kerja sambilan dengan pendapatan yang tidak menentu.

“Selain itu, kedua-dua anak kami perlu minum susu dan menggunakan lampin pakai buang setiap hari menyebabkan kami buntu mencari wang untuk membesarkan mereka,” katanya.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan melalui nombor akaun bank berikut atas nama Rabiatul Adawiyah:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini