Ibubapa kandung lima beradik terbiar dicari - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Alor Gajah - Orang ramai diminta tampil membantu mengesan waris kepada lima orang kanak-kanak yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka seja...

Ibubapa kandung lima beradik terbiar dicari


Alor Gajah - Orang ramai diminta tampil membantu mengesan waris kepada lima orang kanak-kanak yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka sejak September lalu.

Kesemua mereka yang berusia antara enam hingga 12 tahun dan berketurunan India itu ditinggalkan oleh ibu kandung mereka di Pusat Jagaan Kasih Sayang Angel dan kini menghilangkan diri.

Pegawai JKM Alor Gajah, Ansharey Matasarsad berkata, wanita berkenaan dipercayai meninggalkan anak-anaknya di pusat jagaan tersebut dengan alasan mahu mencari saudara-mara di Johor Bahru namun sehingga sekarang tidak menuntut kembali mereka.

"Ibu kanak-kanak ini hanya memberitahu akan kembali secepat mungkin untuk mengambil semula anak mereka selepas kembali dari Johor Bharu, bagaimanapun sehingga kini tiada khabar dari ibunya.

"Dalam masa yang sama bapa kanak-kanak itu ada menghubungi anak-anaknya namun ia tidak sesuai diletakkan di bawah jagaan bapa kerana dikuatiri gangguan seksual akan berulang lagi membuatkan mereka tertekan," katanya.

Tambahnya, Mahkamah Majistret Alor Gajah telah memerintahkan kanak-kanak terbabit berada di bawah jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (pindaan 2016) yang dibicarakan pada 14 Januari lalu.

"Buat masa ini, perintah jagaan berada di bawah pengusaha Pusat Jagaan Kasih Sayang Angel dan masih menanti kehadiran ibunya yang tagihkan kasih sayang.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu kandung kanak-kanak itu boleh menghubungi Pegawai JKM Alor Gajah atau pelindung kanak-kanak ditalian 06-5561267," katanya.

0 comments:

Kongsi Portal Ini