Ibu pohon bantuan kos perubatan anak hidap jantung berlubang - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Padang Terap - “Anak saya menghidap jantung berlubang sejak lahir dan perlu menjalani rawatan di hospital, namun dia tidak dapat ke hospi...

Ibu pohon bantuan kos perubatan anak hidap jantung berlubang


Padang Terap - “Anak saya menghidap jantung berlubang sejak lahir dan perlu menjalani rawatan di hospital, namun dia tidak dapat ke hospital sejak tiga bulan lalu kerana kami mengalami masalah kewangan,” kata Norsiah Ishak, 41.

Norsiah berkata, anak bongsunya, Muhamad Adrian Mikail Zainuddin berusia lapan bulan yang turut disahkan menghadapi sindrom down perlu menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Katanya, setakat ini Muhamad Adrian tidak menunjukkan sebarang masalah, cuma dia bimbang bayi itu tidak mendapat rawatan diperlukan disebabkan masalah yang dihadapi mereka.

“Kami tidak ada kereta untuk ke HSB yang jaraknya lebih 24 kilometer sehala dan satu-satunya kenderaan kami adalah motosikal suami, Zainuddin Ramli, 42.

“Tetapi disebabkan suami perlu keluar menoreh setiap hari, kami tidak dapat membawa Muhamad Adrian ke hospital walaupun bimbang keadaannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kejai, Kuala Nerang, semalam.

Empat dari enam anak pasangan itu yang masih bersekolah pula tidak dapat membayar yuran persekolahan disebabkan pendapatan suaminya hanya RM700 sebulan.

Norsiah berkata, anak kembarnya, Nurul Husna dan Nurul Huda Zainuddin, 15, yang belajar di SMK Kuala Nerang perlu membayar yuran RM210 seorang untuk menduduki peperiksaan PT3 tahun ini.

“Anak kelima pula, Muhamad Fadli, 12, akan menduduki UPSR dan perlu membayar yuran RM230, manakala adiknya, Nur Nazira Umaira, 7, pula baru memasuki Tahun Satu, namun yuran persekolahannya belum dibayar.

“Cuma anak sulung, Nurul Fatin Izzati, 20, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Pokok Sena dengan pendapatan RM30 sehari dapat meringankan beban kami dan anak kedua, Nur Natasha, 19, pula baharu sebulan bekerja kilang di Pulau Pinang,” katanya.

Katanya, pendapatan harian yang diterima Nurul Fatin digunakan untuk membeli barang makanan selain kegunaan harian mereka sekeluarga memandangkan pendapatan suaminya diterima setiap hujung bulan.

“Namun saya bersyukur kerana Muhamad Adrian hanya menyusu badan dan kami hanya perlu membeli lampin pakai buangnya setiap bulan.

“Setakat ini saya belum memohon bantuan termasuk kad OKU untuk dia kerana tiada kenderaan ke Pejabat JKM,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut di atas nama Norsiah Ishak atau menghubunginya:

019-2044685
Progress:

RM0 raised

Goal: RM5000

0 comments:

Kongsi Portal Ini