Ibu sedih anak perempuan menghilangkan diri - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kuala Lumpur - “Pulanglah Fatin, kasihan mak dah tak lalu makan dan minum sejak adik menghilangkan diri tanpa sebarang berita,” kata Nur...

Ibu sedih anak perempuan menghilangkan diri


Kuala Lumpur - “Pulanglah Fatin, kasihan mak dah tak lalu makan dan minum sejak adik menghilangkan diri tanpa sebarang berita,” kata Nurizzaty Zulkifli, 29, yang buntu memikirkan nasib adiknya Fatin Asma, 27, selepas ‘ghaib’ sejak 22 Januari lalu.

Fatin sehingga kini gagal dikesan selepas kali terakhir dia menghubungi ibunya ketika mahu menaiki bas dari Segamat, Johor menuju ke Pulau Pinang.

Menurut Nurizzaty, mereka sekeluarga kini sudah tidak tahu bagaimana untuk mencari adiknya itu kerana talian telefon bimbitnya gagal dihubungi sehingga kini.

Menceritakan kembali kehilangan adiknya itu, Nurizzaty berkata, Fatin pada mulanya menghubungi ibu mereka 22 Januari lalu dan memberitahu yang dia menaiki bas 8 pagi dari Segamat menuju ke Pulau Pinang.
.
“Bagaimanapun, ibu yang menunggu Fatin menerima kiriman mesej daripada adik kira-kira 4 petang dan memberitahu dia akan pulang serta meminta ibu tidak melaporkan kehilangannya kepada polis.
.
“Selepas menghantar mesej terbabit, adik terus mematikan talian telefon bimbitnya sehingga hari ini,” katanya.

Nurizzaty berkata, mereka sekeluarga tidak tahu apa punca sebenar Fatin menghilangkan diri dan dia sepatutnya berkahwin dengan tunangnya dalam masa terdekat.
.
“Adik sudah bertunang sejak empat tahun lalu dan dia juga bekerja sebagai kerani di sebuah daripada syarikat tunangnya di Johor dan mereka sepatutnya dijadualkan akad nikah dalam beberapa hari lagi.
.
“Bagaimanapun, sekarang kedua-duanya tidak dapat dikesan dan saya serta ibu turut mencari mereka di Johor, namun gagal dikesan,” katanya.

Katanya, ibu mereka yang bimbang dengan kehilangan anak kelima daripada tujuh beradik itu turut datang ke rumahnya di Petaling Jaya, Ahad lalu untuk sama-sama mencari Fatin.
.
“Saya sendiri tidak tahu ke mana adik pergi dan akhirnya terpaksa membawa ibu membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara, namun sehingga kini Fatin masih gagal dikesan.
.
“Sejak kehilangan adik, ibu kurang berselera untuk makan dan minum membuatkan kami sekeluarga risau dengan keadaan kesihatannya,” katanya.

0 comments:

Kongsi Portal Ini