Lelaki kemurungan menghilangkan diri dicari keluarga - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Puncak Alam - Seorang lelaki menghilangkan diri selepas keluar dari rumah abangnya di Fasa Tiga, Bandar Puncak Alam sejak Sabtu lalu. M...

Lelaki kemurungan menghilangkan diri dicari keluarga


Puncak Alam - Seorang lelaki menghilangkan diri selepas keluar dari rumah abangnya di Fasa Tiga, Bandar Puncak Alam sejak Sabtu lalu.

Muhammad Hafiz Marijan, 21, dilihat kali terakhir dengan berbaju hitam dan berseluar biru serta menaiki motosikal Yamaha Y15ZR tanpa memakai topi keledar, kira-kira jam 11.30 pagi.

Abang mangsa, Mohd Shoufik, 29, berkata dia sekeluarga bimbang akan keselamatan anak bongsu daripada tujuh beradik itu yang keluar bersendirian.

“Dia sebelum ini pernah menunggang motosikal dari rumah saya menghala ke rumah saudara di Parit Enam Timur, Sungai Besar tanpa memakai topi keledar hujung Disember tahun lalu.

“Sehingga kini, usaha mencari dan mengesan Hafiz masih menemui jalan buntu. Dia disifatkan sebagai seorang yang pendiam dan patuh dengan arahan keluarga,” katanya.

Katanya, dia tidak menolak kemungkinan kehilangan Hafiz mempunyai kaitan dengan masalah kemurungan selepas berhenti bekerja di sebuah kilang pembuatan kereta di Rawang dua minggu lalu.

“Usaha pencarian turut dilakukan secara berterusan oleh ahli keluarga menerusi laman sosial Facebook.

“Saya dimaklumkan bahawa lokasi terakhir Hafiz dipercayai berada di Pasir Salak, Perak. Namun, usaha menghubungi nombor telefon bimbitnya masih gagal,” katanya.

Bimbang akan keselamatan Hafiz, dia tampil membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh, semalam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi Mohd Shoufik di talian 013-4619812.

0 comments:

Kongsi Portal Ini