
Penyelianya, Zahrina Mohd Saat berkata, api bermula dari bahagian dapur sebelum merebak ke seluruh kawasan rumah memusnahkan asrama, bilik belajar termasuk sembilan komputer dan barang sekolah pelajar.
"Kejadian berlaku waktu solat Jumaat ketika 11 penghuni ke masjid sementara yang lain dah pulang kampung kerana sudah mula cuti sekolah.
"Yang tinggal hanya lima pekerja terdiri tukang masak dan pengurus. Alhamdulillah semua selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Menurut salah seorang pelajar rumah anak yatim tersebut, Shahrul Amri Samsudin, ketika kejadian api marak begitu cepat.
"Kemudian kami cuba guna kain basah, tetapi api sudah marak, jadi kami selamatkan apa yang termampu sahaja," kata Shahrul Amri.
Penyelia rumah anak yatim Raudhatul al-Faeez, Zahrina Mohd Saat berkata api bermula dari bahagian dapur sebelum merebak ke seluruh kawasan rumah.
Kebakaran memusnahkan asrama, bilik belajar termasuk sembilan komputer dan barang sekolah pelajar.
Kejadian berlaku waktu solat Jumaat ketika 11 penghuni ke masjid manakala yang lain sudah pulang ke kampung kerana cuti sekolah.
Kesemua mereka kini tinggal di pusat pemindahan dan mencari rumah sewa sementara menunggu pusat jagaan itu dibaiki.
0 comments: