Mangsa simbah asid hampa diberi janji palsu - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




KUALA BERANG: “Jika tidak boleh tolong jangan bagi harapan palsu, sekali gus mempermainkan perasaan saya,” luah Nurul Dahyatul Fazlinda M...

Mangsa simbah asid hampa diberi janji palsu


KUALA BERANG: “Jika tidak boleh tolong jangan bagi harapan palsu, sekali gus mempermainkan perasaan saya,” luah Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 16, mangsa simbah asid oleh bapa kandungnya sendiri.

Dakwa nya, sudah dua tahun dia menanti janji seorang ahli perniagaan bergelar orang kenamaan (VIP) yang berjanji mahu menampung kos pembedahan plastik bernilai RM100,000.

Remaja dari Kampung Sekayu di sini, itu dijanjikan oleh individu berkenaan untuk menampung kos pembedahan plastik pada 2016 bagi merawat wajahnya yang cacat akibat simbahan asid pada 2010.

“Selama dua tahun saya menunggu, tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan daripada ahli perniagaan itu.

“Begitu juga dengan kerajaan negeri yang pernah berjanji untuk membantu,” kata gadis itu ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Nurul Dahyatul mengakui dirinya terlalu kecewa dengan janji ahli perniagaan itu dan kerajaan negeri yang menyatakan kesediaan untuk menampung kos pembedahan plastik itu.

“Jangan berjanji jika tidak mampu tepati. Walaupun sudah dua tahun berlalu, saya masih ingat dengan janji diberikan mereka.

“Kata-kata harapan yang diberi mereka masih segar di ingatan sehingga kini.

“Saya sudah menjalani semua proses yang diminta termasuk pemeriksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tetapi hingga sekarang pihak berkenaan tidak membuat susulan, sekali gus menyebabkan saya tertanya-tanya status rawatan seterusnya,” katanya.

Menurutnya, dia juga sudah melakukan pemeriksaan dengan seorang perunding pembedahan plastik yang juga Pakar Bedah Kosmetik Pusat Perubatan Beverly Wilshire (PPBW), Dr M Nasir Zahari di Kuala Lumpur dan hasil pemeriksaan itu menyatakannya perlu melalui empat peringkat rawatan membabitkan beberapa organ yang terjejas akibat terkena simbahan asid terbabit.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Indera itu berkata, dia sentiasa menyimpan hasrat untuk merawat wajahnya bagi mendapatkan semula keyakinan diri, selain tidak tahan mengalami masalah gatal-gatal pada muka ketika berpeluh.

“Selama lapan tahun saya menjalani kehidupan dengan wajah seperti ini dan ia sudah sebati dengan diri, tetapi jauh di sudut hati, saya tetap ingin merawatnya supaya ia kembali normal sekurang-kurangnya tidak mengalami masalah kulit gatal.

“Saya kekok dan malu berhadapan dengan orang baru dikenali, malah tidak mempunyai keyakinan diri untuk berada di tempat awam kerana sering diperhatikan orang sekeliling.

“Maklumlah wajah saya tidak sama seperti orang lain dan tentunya akan menjadi perhatian dan tidak semua orang yang mengetahui tragedi di sebalik wajah ini dan memahami perasaan saya,” katanya.

Nurul Dahyatul berharap, pihak yang pernah berjanji membantu menghulurkan bantuan bagi merawat wajahnya itu merujuk semula janji yang pernah diberikan dan menyatakan pendirian sama ada ingin meneruskan hasrat membantu atau sebaliknya.

Ibunya, Che Ku Zaimah Che Awang, 36, berkata, dia juga kecewa dengan pihak berkenaan yang berjanji tetapi tidak menunaikan janji seperti yang diberikan.

“Saya masih ingat, kami sekeluarga berjumpa dengan ahli perniagaan terkenal itu di sebuah hotel di Kelantan dan usahawan itu menyatakan kesediaan membantu membiayai perbelanjaan pembedahan anaknya itu.

“Malangnya, tiada susulan yang dibuat sehingga kini. Kerajaan negeri melalui bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman ketika itu juga pernah melawat kami sekeluarga pada 2016 dan turut menyuarakan hasrat yang sama tetapi turut membisu selepas itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Alias Haron berkata, pihaknya akan meneliti semula hal itu sebelum mengambil sebarang keputusan.

“Janji itu dibuat ketika zaman pemerintahan kerajaan sebelum ini, tetapi atas dasar kemanusiaan dan keprihatinan kerajaan sekarang, kami akan menjalankan siasatan dan penelitian secara menyeluruh terhadap kes itu.

“Kami perlu tengok terlebih dulu apa bantuan yang boleh diberikan dan semestinya kami ingin membantu tetapi sebarang keputusan bergantung kepada penilaian yang dibuat nanti,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan, remaja berkenaan bersama ibu dan adik lelakinya, Muhammad Irfan Firdaus, 10, melecur akibat disimbah asid dipercayai cuka getah oleh bapa kandung di rumah mereka dalam kejadian jam 1.45 pagi pada 14 Ogos 2010.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecacatan di muka dan badan termasuk kedua-dua lubang hidung mengecut, sekali gus mengganggu pernafasannya. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada adik ini boleh berbuat demikian melalui:

0 comments:

Kongsi Portal Ini