Hulurkan sumbangan & doa kepada pemuda kehilangan separuh badan di Korea - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




PETALING JAYA: “Assalamualaikum semua. InsyaAllah, saya akan balik Malaysia secepat mungkin.” Begitu kata Daniel Arif Ahmad Fuad, 21, k...

Hulurkan sumbangan & doa kepada pemuda kehilangan separuh badan di Korea


PETALING JAYA: “Assalamualaikum semua. InsyaAllah, saya akan balik Malaysia secepat mungkin.”

Begitu kata Daniel Arif Ahmad Fuad, 21, kepada rakyat Malaysia melalui satu rakaman video selepas mengetahui tragedi yang menimpanya mendapat perhatian meluas.Rakaman itu dibuat oleh bapanya, Ahmad Fuad Yun, 52, ketika tiba di hospital Hospital Suwon Ajudae pada Jumaat.

Daniel Arif yang mesra disapa Danny itu kini sudah sedar selepas dua hari dalam keadaan koma akibat kemalangan di tempat kerja.

Rakan baiknya yang hanya ingin dikenali sebagai Shahir, 28, berkata, Daniel Arif kini berada di wad trauma dan pelawat dibenarkan menemani mangsa pada waktu lawatan sahaja.Kata Shahir, jelas terpancar kegembiraan di wajah Daniel Arif selepas melihat kehadiran kedua ibu bapanya di hospital tersebut.

“Dia sangat teruja dan bertanya, "macam mana ayah datang sini..tidur dekat mana?", seolah-olah dia sakit biasa-biasa sahaja.

“Kemudian, ayahnya yang terlalu gembira dapat melihat Danny terus merakam video itu semalam (Jumaat),” kata Shahir kepada media pada Sabtu.

Media pada Khamis melaporkan tentang seorang rakyat Malaysia nyaris maut selepas ditimpa kemalangan di tempat kerja dalam satu insiden yang berlaku di sebuah kilang kitar semula di Korea Selatan.

Dalam kejadian yang berlaku pada petang Isnin itu, Daniel Arif kehilangan hampir separuh anggota tubuhnya selepas 'ditelan' sebuah mesin pengisar sampah di kilang yang terletak di Samseong, Seoul.

Menurut bapa mangsa, anak sulungnya yang baru dua bulan bekerja di negara tersebut berada dalam keadaan tidak stabil dan terpaksa diberikan ubat tidur oleh pihak hospital yang merawat anaknya.

Selepas sedar daripada koma, Daniel Arif meluahkan hajat kepada ibu angkatnya yang merupakan warga Korea untuk menikmati makanan kegemarannya, iaitu piza.

“Ibu angkat Danny yang dipanggil ‘Omma’ merupakan orang pertama yang dia jumpa selepas sedar.

“Omma memberitahu saya yang Danny bertanya di mana semua orang dan meyakinkan wanita itu bahawa dia seorang yang kuat.

“Omma meminta Danny agar banyak bersabar dan berjanji akan membawa makanan kegemarannya apabila dia sudah sembuh nanti,”ujar Shahir.

Menurut bekas rakan sekerja Daniel Arif itu, pemuda yang sudah dianggap seperti adik lelakinya itu bukan sahaja terpaksa menjalani pembedahan buat kali kedua, malahan pembedahan ketiga mungkin terpaksa dilakukan pada minggu depan sekiranya jangkitan kuman masih merebak.

Shahir berharap rakyat Malaysia dapat memberi sumbangan untuk meringankan beban Daniel dan keluarganya dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 157090003447 atas nama ibu Daniel, Zainah Mohamad.

0 comments:

Kongsi Portal Ini