Scam Alert: Jangan Terpedaya Phishing Email - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





JANGAN KLIK PAUTAN EMEL UNTUK KEMASKINI INFO BANK. Orang awam dinasihat peka dengan sindiket scam yang meminta pemilik akaun mengemaski...

Scam Alert: Jangan Terpedaya Phishing Email


JANGAN KLIK PAUTAN EMEL UNTUK KEMASKINI INFO BANK.

Orang awam dinasihat peka dengan sindiket scam yang meminta pemilik akaun mengemaskini maklumat bank dihantar melalui SMS atau emel.

Polis mengesan taktik itu kembali menular baru-baru ini menyebabkan berlakunya transaksi tidak disedari mangsa.

Sebaik mangsa menekan pautan laman web kemaskini akaun dan memasukkan kata laluan serta maklumat pengenalan, data itu akan diambil suspek untuk melakukan transaksi dalam talian.

Untuk membolehkan transaksi tersebut berjaya, suspek akan menghantar pesanan ringkas kepada pemilik akaun meminta nombor TAC dengan alasan nombor TAC itu tersalah hantar ke mangsa.

Transaksi pemindahan wang dari akaun mangsa ke suspek berjaya setelah suspek mengisi nombor TAC tersebut.

Oleh itu #JomBeringat sebelum terkena!


Apa Itu Phishing?

Phishing adalah sejenis penipuan dalam talian di mana penjenayah menghantar e-mel yang kelihatan dari organisasi yang sah (contoh: bank) dan meminta anda memberikan maklumat sensitif. Ini biasanya dilakukan dengan memasukkan pautan yang akan membawa anda ke laman web syarikat untuk mengisi maklumat anda - tetapi laman web ini adalah palsu yang direka menyerupai yang asal dan maklumat yang anda berikan terus kepada individu atau kumpulan di belakang penipuan.

Istilah 'phishing' adalah kata olah pada fishing iaitu memancing, kerana penjenayah menggunakan 'umpan' palsu (e-mel yang kelihatan sah, serta laman web yang kelihatan sah) dan berharap pengguna akan 'termakan umpan' dengan memberikan maklumat kepada penjenayah - seperti nombor kad kredit, nombor akaun, kata laluan, nama pengguna, dan banyak lagi.

0 comments:

Kongsi Portal Ini