
Sulaiman Shupir, 53, merupakan pesara tentera kini hanya mampu terbaring ekoran masalah kesihatan dialami sejak tiga tahun lalu.
Isterinya, Alizan Abdullah, 47, berkata, selepas suaminya bersara tentera, dia bekerja sebagai pengawal keselamatan sebelum tidak dapat bekerja lagi selepas kaki kirinya dipotong.
“Selepas kaki dipotong, suami ada menjalani dua kali pembedahan di belakang badan ekoran mengalami bisul yang agak teruk. Kini matanya pula sudah tidak boleh melihat sejak setahun lebih yang lalu kesan dari sakit kencing manisnya.
“Selepas suami tidak bekerja, kami memang hilang tempat bergantung.
“Meskipun ada duit pencen suami tapi tidak mencukupi, jadi saya ambil keputusan mengasuh budak-budak untuk buat tambah duit membeli keperluan seperti lampin untuk suami,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Suzaime berkata, selain menyampaikan sumbangan, pihaknya mengemukakan borang-borang berkenaan agar Sulaiman layak mendapat faedah pencen ilat.
“Kita akan rujuk kes beliau kepada jemaah doktor untuk membolehkan faedah pencen ilat diperolehi. Kita jangka terdapat lagi kes seperti Sulaiman yang mana sudah tiga tahun sakit dan layak mendapat faedah dari Perkeso, namun baru kini dapat disampaikan.
Bagi Alwiyah pula berharap, dengan pelantikan ketua kampung baharu mereka perlu didedahkan dengan maklumat tentang faedah dari Perkeso, JKM juga Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Katanya, taklimat harus diberikan kepada mereka selaku ‘wakil rakyat’ kampung masing-masing agar jika mengesan kes seperti itu mereka dapat menyalurkan kepada pihak berkenaan.
0 comments: