
Ibunya, Che Jamilah Yahaya, 48, berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu boleh diibaratkan empat kali mati hidup semula. Menurutnya, Mohd Siraj Munir Ikmal Rosle, 22, mula menghidapi penyakit itu ketika berusia 20 tahun dan keadaan itu hanya berlaku setiap kali Hari Raya Aidiladha.
"Setiap kali serangan jantung, dia macam lembu kena sembelih. Kemudian jadi sawan dan tak sedarkan diri. Badan pun sejuk macam mayat.
"Serangan pertama dan kedua hanya dalam tempoh 10 hingga 15 minit. Serangan ketiga setengah jam dan keempat tahun ini, anak tak sedarkan diri selama sejam," katanya.
Che Jamilah berkata, Siraj yang merupakan pelajar tahun akhir dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Farmasi di UKM turut mengakui terseksa setiap kali nyawanya hampir melayang.
"Dia kata jika macam ni rasa sakit sangat, mati nanti tak tau la macam mana rasanya. "Bila anak akan jatuh setiap kali Aidiladha, saya mula trauma," katanya.
Menurutnya, dia kini buntu untuk menyelamatkan nyawa Siraj apabila perlu membeli alatan Implanted Converter Defribillator bernilai RM50,000. Katanya, alat itu akan ditanam dalam badan Siraj melalui pembedahan pada 15 November di HUKM.
"Kami dah bincang dengan pihak hospital, pembekal nak duit itu tunai, kalau tak, pembedahan terpaksa ditunda. "Doktor kata hanya dengan pembedahan mampu selamatkan nyawanya, jika tak dia berpontensi mati mengejut," katanya.
Che Jamilah berkata, pendapatannya sebagai pembantu pengurusan murid di sebuah sekolah di sini tidak mampu menampung kos pembedahan anaknya. Ibu dua anak itu kematian suami, Rosle Saad pada 2004 selain dia baru selesai pembedahan di kedua-dua bahagian mata pada 27 Mac lalu.
"Tiga kali pembedahan tak berjaya, alhamdulillah pembedahan kali keempat tahun ini baru boleh nampak. "Ingat bila nampak boleh la tengok anak, rupanya dia pula sakit," katanya yang turut mengalami masalah buah pinggang.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya menerusi akaun bank atas nama kakak Siraj iaitu Roziatul Syatilla:
![]() |
013-4147367 |
![]() |
|
Progress:
|
Goal: RM500 |
0 comments: